KLANG, 18 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang menyertai Umno selepas keluar PKR tahun lalu telah menceraikan isterinya, Ramizah Mazlan talak satu hari ini.
Peguam Syarie Mahyuddin Md Zahari, yang mewakili Badrul Hisham berkata, Badrul Hisham melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh selepas Ramizah bersetuju menarik balik permohonan cerai secara fasakh yang difailkannya sebelum ini.
“Kes ini sepatutnya masih di peringkat perbicaraan hari ini tetapi dipinda selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan iaitu Badrul Hisham bersetuju untuk melepaskan Ramizah, yang bersetuju untuk menarik balik tuduhan, dakwaan dan keterangan dalam kes tuntutan cerai secara fasakh itu,” katanya dipetik Bernama Online.
Pada 4 Februari lalu, Ramizah, 40, memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada Badrul Hisham, 51, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Klang mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Ramizah diwakili peguam syarie, Norrasyada Osman.
Badrul Hisham dan Ramizah bernikah pada 31 Julai 1993 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Badrul Hisham, anggota PKR keluar dari parti itu pada 29 Oktober 2009 sebelum menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional dan kini menjadi wakil rakyat BN.
Pada 24 Januari lalu beliau dihalang menyertai sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Januari lepas dengan alasan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
Namun, pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai Adun dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.
LSS: Tak dapat nak kata apa ! kalau dah gilerr.... apa boleh buat! tapi yang lawaknya gerombolan boleh kutip pulak dia! kesian gerombolan, dahkebulur sangat ke? macam tu punya gila pun sanggup kutip kah..kah...kah
1 ulasan:
Tak ada tokoh seorang pemimpin.
Anakx dan isteri sendiri pun tak reti nak uruskan macamana nak selesai
kan urusan rakyaat.
Catat Ulasan