Kalau Kat Chow Kit Mat Pet Bikin Alas Tidur!
TPM: Lagi dilarang, lagi nak baca Utusan-Mkini
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak fikir gesaan beberapa pemimpin MCA untuk memboikot Utusan Malaysia akan berkesan kerana ia terpulang kepada pembacanya.
"Soal baca ke tidak, ini hak individulah. Kalau dia nak buat, buatlah. Tetapi saya tidak fikir ini berkesan. Ia tidak akan berkesan sama
"Lagi orang kata jangan baca, lagi orang hendak baca. (Mereka tertanya-tanya) pasal apa? Takutkah?" katanya.
MCA sebelum ini dilaporkan menggesa Utusan dipulaukan kerana mencadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang dianggap parti itu untuk menghalalkan diskriminasi kaum.
Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, konsep itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi dengan membuat pilihan semasa pilihan raya.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Muhyiddin dengan nada membela akhbar itu berkata, Utusan dengan "sejarah yang panjang" bukan melaporkan perkara berkaitan orang Melayu sahaja, sebaliknya menyentuh pelbagai perkara.
Kecenderungan ke arah perkauman
Tambahnya, media tidak boleh disekat selagi tidak malanggar batas undang-undang, menyentuh soal perkauman dan sensitif serta tidak mencetuskan keadaan tidak baik.
"Saya tak fikir niat Utusan atau media lain hendak menghancurkan negara. Kalau dia berbuat demikian, sudah lama tercetus huru-hara.
"Dan hanya satu surat khabar... cukupkah dia sehingga mencetuskan huru-hara?" soalnya yang juga menteri pelajaran.
Sambil meminta semua pihak bersikap rasional, Muhyiddin juga berkata beliau tidak tahu kenapa MCA mencadangkan supaya akhbar milik Umno itu diboikot.
Katanya, kecenderungan ke arah perkauman harus dihapus bawah gagasan 1Malaysia.Menurutnya lagi, dalam masa kita tidak boleh menghalang suatu pihak bersuara walaupun tidak disenangi yang lain.
"Jadi, ini sepatunya menjadi asas kita. Tolong lapor setiap perkataan yang saya kata. Jangan sambil satu (bahagian) saja," katanya lagi kepada pemberita.
LSS: Hek...elleh ini "paper lama!" kalau tak caya pergi kat mana - mana kedai runcit aci tak pon ke 7 eleven sampai malam masih ada "berbundle - bundle" lagi.Ini surat khabar dia punya kelentong ngalahkan orang isap ganja! dah nama pon Utusan Melalok!
Ini "loyy...ya" punya surat khabar sape nak bace??? alahai, kalau ada nampak warga kota beli melalok bukan nak baca berita hanya sekadar nak tengok keputusan nombor, tup pasal yang paling ramai kat malaysia beli melalok adalah taik - taik judi jerr!
Itu hari pemuda gerombolan kasi "free"...kat plaza tol pon orang kasi "free" apasal inisurat khabar tak laku pun bising - bising apa hal! orang tak heran la....Dalam harakah,roket dengan Suara Keadilan takde pengumuman Nombor ekor !
Tapi berita panas ! gilerr !!!!!!
Nak Rasional ape ke mende! ini hal sekarang gerombolan dah berembat sama cukong - cukong dan towkay - towkay! pasal perkauman ini memang "real" wak din freddie krueger dah kelentong power!
Ada ingat pasal itu Samy Vellu ada bising - bising pasal kepala lembu sudah "goreng" dalam itu utusan Melalok! kah...kah...kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan