KUALA LUMPUR, 16 April — Secara rasmi Barisan Nasional (BN) telah memperoleh 52 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meneruskan kerajaan negeri bumi Kenyalang manakala Pakatan Rakyat tiga belas.
BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 8.40 malam.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 51 kerusi kali ini berbanding 63 pada 2006.
Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
“SPR dengan ini mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 (setakat ini), Barisan Nasional (BN) (dapat) 36, DAP lima, PKR tiga dan Bebas satu. Parti-parti lain setakat ini masih belum lagi,” katanya.
Bebas menang di Pelagus.
“Dengan ini saya isytiharkan BN memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang diperuntukan dan boleh di bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.
Lapan kerusi Pakatan Rakyat disumbangkan oleh PKR tiga manakala DAP lima. PAS tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi. Kerusi Pelagus dimenangi oleh George Ak Lagong yang menewaskan Stanley Nyitar dari BN yang menerima 2,903 undi manakala wakil PKR Edward Sumbang menerima 1,171 undi.
Setakat 10 malam BN menang di Daro, Katibas, Bukit Saban, Jemoreng, Baleh, Beting Maro, Belaga, Batu Danau, Simunjan, Belawai, Pakan, Machan, Bawang Assan, Bukit Sari, Tebedu, Layar, Opar, Sadong Jaya, Meluan, Balai Ringin, Sebuyau, Simanggang, Semop, Ngemah, Dalat, Nangka, Tarat, Batang Air, Muara Tuang, Balingian, Pantai Damai, Engkelili, Tupong, Kalaka, Tanjung Datu, Demak Laut.
BN juga menang di Samariang, Kedup, Bekenu Telang Usan, Asajaya, Bukit Begunan, Lambir, Bukit Kota, Jepak, Marudi, Tasik Biru, Tamim, Saribas, Senadin dan Bengoh.
Kerusi Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang dikuasai PKR manakala Repoh, Pending, Batu Kawah, Meradung, Pelawan, Bukit Assek, Piasau, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.
LSS: Telah di ingat,telah di beritahu tak kira walau sesiapa pun yang nak percaya.Pilihanraya Ini "game" siapa! janganlah terus di perbodoh kan atau di bangangkan! fikirlah dengan akal yang waras.
Beberapa Minggu lalu LSS telah pun memberitahu akan ke"kelentong" ngan Ini!
Ini lah artikel yang LSS tulis 5 april yang lalu:
Pakatan Takkan Menang Di Sarawak! (cuba tanya ustaz google kalau tak jumpa)
Propaganda murahan gerombolan seperti penayangan program televisyen yang bertajuk "sayang Sarawak" di TV1 atau TV2 mungkin boleh di tepis degan mudah dengan kuasa - kuasa blogger yang boleh melancarkan propaganda yang lebih dari itu kerana sekarang ni bukan era TV hitam putih lagi. Tetapi gerombolan punya "barua" yang sudah tentu memastikan kemenangan gerombolan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak.
SPR atau lebih terkenal dengan nama Suruhanjaya Penipu Rakyat akan mempastikan Undi Pakatan takkan melepasi Undi gerombolan. Segala tipu - kelentong sudah di atur dengan ketat.Polis dan Tentera sudah diberi 2 MyKad dan ini bermakna mereka boleh mengundi sebayak 2 kali oleh sudah pasti Undi di pihak gerombolan akan meningkat 2 kali ganda berbanding Undi di Pihak Pakatan.
Pendatang - pendatang asing mahupun pendatang tanpa Izin sudah pun di beri MyKad,masih ingat lagi dengan beberapa fakta dengan pendatang asing yang terus membuang passport mereka kedalam sungai dan bila di tangkap dan di hantar pulang,negara asal tak mahu menerima mereka.Oleh itu kalau negara tak mahu menerima mereka jadi mereka ini akan di berikan MyKad dan sah menjadi pengundi dalam pilihanraya dengan syarat mereka ini mestilah mengundi gerombolan dan tak boleh mengundi Pakatan.
Dalam pada itu SPR telah mengeluarkan satu peraturan terbaru iaitu calon - calon hanya boleh bawa tidak lebih dari 50 orang penyokonga sahaja untuk megiringi mereka hingga ke tempat penamaan calon esok.Kita juga sudah sedia maklum yang pilihanraya ini ibarat perlawanan bola sepak,Stadium gerombolan punya,padang gerombolan punya,penjaga garisan,pengadil semuanya milik gerombolan.Penyokong gerombolan duduk dalam stadium tapi penyokong pakatan di letakkan di luar stadium.
Tiang gol Pakatan dari "coner" sebelah kiri sampailah "corner" sebelah kanan,Tinggi tiang gol pakatan 10 kaki tinggi,kalau macam tu letak 10 ekor gajah mammoth pun belum tentu boleh selamatkan walau sebiji gol sekali pun.
Manakala Gerombolan punya gol menggunakan gol bola jaring,sampai mampos merembat pun gerenti tak masuk,kalau nak rembat kena buat bola "loop" bila bola nak masuk dalam jaring je SPR terus alih tiang gol.Oleh itu tak payah lah para pemimpin dalam PKR dalam pakatan rakyat mahu meletakkan harapan dalam Pilihanraya. Kalau Pilihanraya ini sudah mengubah apa - apa dalam tempoh 53 tahun merdeka ini pun sepatutnya ia sudah mengubah.
Andai dalam tempoh 53 tahun Pilihanraya sudah melakukan apa - apa perubahan atau Reformasi, sudah pasti dalam tempoh 53 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation sudah mengharamkan Pilihanraya.JADI JANGAN TERUS JADI BODOH ATAU KENA BODOHKAN! PILIHANRAYA MEMANG SENANG KENA KELENTONG JADI BUAT APA NAK PILIHANRAYA????
NASIHAT KEPADA CALON - CALON YANG BERTANDING DAN RAKYAT YANG MENGUNDI SILA LAH BERTANDING DAN MENGUNDI LAH! DALAM........PILIHAN JALANRAYA! KAT SINI "SURE" TAKKAN KENA KELENTONG!
2 ulasan:
Anwar sudah kena klentong dengan Iban,bidayuh,kelabit,dan orang ulu. Pas kena perbodoh dengan Melayu dan Melanau yang tak kena cuma Kit siang.... Hidup Taib Mamut Lingkup Sarawak.
Satu percubaan yang positif bertambah bukan berkurangan. Rakyat Sarawak hendak lihat apa pakatan bawah bukan air lior saja. Mana mana yang boleh buat seperti jalan, titi kelinik persendirian perlu di buat segera sekarang .Sponsor dan juga wang perlu dicari segera.
Catat Ulasan