Dalam tempoh tak sampai 3 jam selepas gerombolan sarawak di umumkan kemenangan "rajah putih" terus mengangkat sumpah sebagai ketua menteri yang baru.Ini semua pasal takut nanti mat Monggol dan Rosmah akan datang lebih awal untuk "gulingkan" Raja Berooke ni.
Oleh itu angkat lah sumpah awal - awal takut nanti kalau Rosmah datang terus kena sumpah jadi la sesumpah.Selepas pilihanraya ramai ada yang menyangka ini juga hadalah satu tsunami.Tapi jangan jadi bangang! ini bukan Tsunami - tapi ini ialah "meggi mi"
Gerombolan di Sarawak di bawah pimpinan Pahin Si " Rajah Putih" sudah pasti "bengang" giler dengan gerombolan yang ada di semenanjung di bawah pimpinan Mat Monggol.Isteri Rosmah sudah secara terang - terangan menyatakan kan hasrat untuk menghumbankan Pahin Si "Rajah Putih" dan menggantikannya dengan Penyamun yang baru.
Itu pasal kalau mat Monggol umumkan Pilihanraya ke-13 pun Pahin Si "Rajah Putih" tetap akan kekal di atas takhta bersama bini lebanonnya mungkin di beritakan akan ada banyak lagi kerusi akan lingkup.
Itu Pasal orang - orang Pahin sudah mula kecoh berita nak naik "hangin" pada mat Monggol,pasal kalau mat monggol tak heboh nak turun pahin dari takhta gerenti "rajah Putih" takkan hilang 15 kerusi.
Nampaknya kedua - duanya pasti berembat dengan lebih hebat! tapi yang pasti mat monggol akan menghulurkan sepuluh jari nak berbaik - baik semula dengan Pahin Si "Rajah Putih" demi untuk menikmati separuh dari harta rompakan di Sarawak.
Walauapapun yang di lakukan oleh mangkuk ayun dua ekor ini apa yang pasti kita lihat Zionis dengan Zionis bertelagah pun kita tetap tak dapat apa.Sebab kedua - dua ekor Zionis bertelagah sebab nak bolot harta rompakan,bukan ada pun.
Apa yang kita kisah kat sini ialah mengapa kita harus terus hanyut dalam permainan gerombolan,tipu kelentong yang bakal berlanjutan selama 53 tahun kita di kelentong bahawa telah merdeka dan 30 tahun orang sarawak di kelentong supaya masuk malaysia dan Pilihanraya kononnya sebagai medium yang paling adil untuk menentukan pemerintah.
Tetapi apa yang pasti selepas ini yang paling bodoh sekali ialah Pakatan Rakyat iaitu PKR,PAS dan DAP akan membuat persediaan macam nak sambut raya semata - mata untuk di kelentong kaw - kaw dalam Pilihanraya.
Yang paling lawak member aku Si Mat Rozan boleh pulak ada bikin Kerangka Politik Menuju ke Putrajaya.LSS turut berdoa akan semua kebodohan ini akan dapat di hentikan melalui revolusi pemikiran anak - anank muda dan mahasiswa.
Kita sering menyatakan bahawa PRU-12 kita berjaya turunkan Majoriti gerombolan dari 193 kerusi parlimen kepada 140 kerusi parlimen.Manakala apabila tiba Pilihanraya Umum ke - 13 kononnya nak rampas putrajaya seperti yang di war - war sama macam PRU-12 tapi tengok - tengok sama jugak (turunkan majoriti jerr....)
Begitulah Pakatan Rakyat akan lakukan setiap 4 tahun sekali.Menunggu sampai tepoh 4-5 tahun semata - mata untuk di kelentong dalam masa 2 hari.Siapa yang percaya kalau rakyat tak sokong Pakatan tetapi pada realiti sebenarnya Seluruh rakyat 1 malaysia di kelentong habis - habisan dalam pilihanraya.
Kalau tak percaya pergilah semula ke kawasan DUN atau Parlimen yang kalah dan jalankan bancian dan tinjauan referrendum pada setiap isi rumah di sesuatu kawasan itu dan bertanya siapa akan mereka undi dalam Pilihanraya.....sudah pasti jawapannya akan berpihak kepada Pakatan.
Tetapi kenapa Pakatan masih Kalah?
Jawapannya aialah Pakatan telah di tipu kaw - kaw dalam Pilihanraya.LSS telah menjangka semua kelentong yang akan berlangsung dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sejak Lama lagi.Pada Ketika Calon PAS yang bertanding melawan calon BN dari adik Pahin Si "Rajah Putih" sendiri di situ pun kita dah lihat di mana terbongengnya Topeng SPR.
Calon BN gagal kemukakan penyata kewangannya sejak tahun 2006,sepatutnya pencalonan nya telah pun di batalkan tetapi apa yang berlaku SPR sanggup tunggu sampai waktu Zohor hingga Calon adik Pahin itu berjaya mengemukakan penyata nya.
Ini telah mengingatkan LSS kepada Calon PKR di Parlimen Pensiangan pada Pilihanraya Ke-12 yang lalu iaitu Addy Andipai melawan Calon BN yang kini seorang Timbalan Menteri.Addy Andippai di beritakan hanya lewat beberapa minit sahaja ke tempat pencalonan.
Biarpu waktu masih pagi dan LSS fikir Addy tak selewat mana maka dengan tak semena - mena SPR terus membatalkan pencalonan Addy dan mengisytiharkan calon dari BN menang tanpa bertanding.
Ini semua kelentong - kelentong yang di lakukan di dalam Pilihanraya supaya orang lihat yang mana Pilihanraya ini adil la tu Kononya pada hal kelentong kaw - kaw dan majoriti BN adalah sah dan suci tapi sebenarnya kaki penipu!
Jadi sebagai memenuhi rutin dalam Kerangka Politik Menuju Ke Putrajaya maka Pilihanraya ke 13 di fikir kan mampu nak tawan Putrajaya lah Kononnya.Tiba - Tiba Majoriti yang dapat hanya lebih sedikit dari yang di peroleh darpada PRU-12 maka untuk menyejukkan hati para penyokong di maklumkan lah bahawa yang Pakatan Pakatan berjaya turunkan Majoriti BN.
Maka berterusanlah Rutin ini sampai kita merelakan gerombolan untuk berkuasa sampai kiamat.Jadi Pakatan harus tukar dan ubah sikit kepala hotak bodoh dan jangan fikir benda - benda mengarut.
Tunisia dan Mesir pun dah buktikan, sebab sebelum Ben Ali,Hosni Mubarak dan Gaddaffi di humbankan melalui demonstrasi jalanraya dan pemberontakan bersenjata mereka ini berkuasa terus dalam Pilihanraya yang konon nya Adil dan Suruhanjaya Pilihanraya yang telah di "barua"kan.
Oleh itu jangan lah terus Bodoh! wahai Pakatan Rakyat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan