PM : KES AHMAD SARBANI BERBEZA DENGAN TEOH – mkini
Kes seorang pegawai kastam yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur semalam adalah berbeza dengan kes Teoh Beng Hock, kata Najib Razak.
Katanya, kes itu berbeza kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM.
"Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.
"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata najib kepada pemberita di Kuching hari ini.
Sehubungan itu, Najib berkata beliau telah mengarahkan polis dan SPRM melakukan siasatan secara rapi, telus dan profesional. Beliau juga berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara.
Katanya, ini perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56.
LSS: Macam Biasa, Unit Kelentong Sudah mula menjalankan tugas,Pakar Penipu sedang menggunakan kepakaran untuk mengkelentong 1 malaysia,Nasihat Pertamna datang dari bilik pejabat Zionis APCO
Tengok sekarang SPRM kata dia datang sendiri tapi SPRM tak panggil.Pedulik apa sama ada panggil ke atau tidak bukan persoalannya bodoh! Pertikaiannya sekarang siapa yang campak Sarbani Keluar Tingkap! Macam Teoh Beng Hock
Macam mana pulak Kes Sarbani dengan Kes Teoh tak sama,dua - dua mati dalam siasatan,dua - dua mati jatuh dari pejabat SPRM(Cuma jarak tingkat je berbeza)
Kalau nak Kelentong lain kali belajar la dari Pak Man Telo,Ini kelentong bangang senang kantoi Dow! Cukup - cukup lah tu Kelentong,bukannya melayu jadi makin pandai malah makin bangang jadinya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan