Khamis, 7 April 2011

Tolong Jangan Kelentong Melayu yang masih hidup!

Cukuplah Kepada Yang Dah Mati Kene Kelentong!Yang Hidup ni jangan di Kelentong lagi!!!




KECEDERAAN SARBANI KONSISTEN AKIBAT JATUH BANGUNAN TINGGI, KATA POLIS -
minsider


Kecederaan dialami Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed konsisten dengan akibat jatuh dari premis yang tinggi, kata polis hari ini.


Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah enggan berkata sama ada penolong pengarah kastam itu, yang ditemui mati di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Cheras kelmarin, turut mengalami kecederaan lain.


“Kecederaan dia alami konsisten dengan akibat jatuh dari kawasan (bangunan) tinggi. Tetapi kami hanya akan tahu punca kematian selepas ujian makmal,” kata beliau kepada pemberita di sini pagi ini.


Ketika ditanya sama ada Ahmad Sarbani ada mengalami kecederaan lain, beliau berkata, “saya tidak kata begitu dan saya tidak kata kecederaan (itu) adalah punca kematian (dia).”


Pegawai kastam berusia 56 tahun itu ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.




LSS: Tak yah nak kelentong lah! tak payah larr!! nak putar - belit cerita,tak de sape pun yang nak persoalkan hal ni, tak de sape nak bukak soalan pasal Macam mana Kugan Mati, tak de sape nak bukak soalan pasal Macam mana Aminul Rashid mati, tak de sape nak bukak soalan pasal Macam mana Beng Hock Mati,


Bukannya 1 malaysia nak persoalkan pasal mati tapi yang di persoalkan siapa yang campak Sarbani keluar dari tingkap pejabat SPRM dalam waktu yang sama seperti yang terjadi kepada Teoh Beng Hock Bodoh!


Tak payah nak kelentong "power" tak payah nak auta kaw - kaw pasal ini bukan zaman TV Itam Putih lagi,Ini zaman Internet! semua rancangan jahat untuk meng'kelentong anak muda dengan mudah akan di patah kan oleh blogger - blogger


LSS:Strategi Kelentong "power" kuntau - muntau,Auta kaw - kaw sememangnya sudah menjadi Modus Operandi untuk memutar belitkan pandangan semata - mata untuk meng"auta cerita yang sebenar.Ini semua di lakukan agar Orang Melayu ni tak memberontak terhadap Gerombolan.


Ini semua di lakukan agar Orang Melayu tak bangun untuk Ber Revolusi Terhadap Gerombolan.Kasi bikin lagi banyak kenyataan yang bercelaru lagi haru - biru kan kepala Hotak Masyarakat.


Selama 53 inilah Modus Operandi Gerombolan hinggalah Internet Muncul untuk mematahkan segala rancangan jahat yang di dalangi oleh gerombolan dengan tujuan untuk menutup segala kekejaman yang telah mereka lakukan.


Kelentong la jangan tak kelentong,Korang Kelentong kitorang blogger - blogger kat sini kasi kantoi sama lu orang..kah...kah....kah

Tiada ulasan: