Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.
Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”
“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak.
“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.
“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.
Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.
Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.
“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.
Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin.
LSS: Ini kambing sapa punya? Kastam punya atau SPRM punya? dah la jadi kambing hitam lepas tu siap kena sembelih lagi,ini kes semata - mata nak tangkap cicak kubing sedangkan menteri - menteri yang jadi jerung besar terlepas macam tu saja.
Isa Samad,Khir Toyo,Ali Rustam semuanya di lihat suci dan murni dan tak rembat apa - apa tapi bila tiba masa ada pegawai kastam tangkap maka ini lah jadi nya.
Siasat terus kalau mereka ternampak Mat Hasan bawak lari berjuta - juta wang rakyat ke London tapi bukannya nak siasat Mat Hasan.Nampaknya yang jadi mangsa adalah seekor kambing yang di sembelih untuk masak gulai kari dan di jamu kepada mama penguin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan