Isnin, 30 Mei 2011

KELENTONG JANGAN TAK KELENTONG!




HARGA GAS ASLI DI MALAYSIA LEBIH MURAH BERBANDING JIRAN
- meloya

PUTRAJAYA 30 Mei – Harga gas asli di Malaysia masih lagi murah berbanding negara-negara jiran meskipun dengan kenaikan hari ini, kata Nor Mohamed Yakcop.

"Malah sebelum ataupun selepas kenaikan, harga Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Thailand (RM18.23), Indonesia (RM21.04), Singapura (RM43.32) dan Vietnam (RM18.70),” kata beliau.

Nor Mohamed berkata demikian selepas mengumumkan kenaikan harga gas asli daripada RM10.70 setiap juta unit termal British (MMBtu) kepada RM13.70 setiap MMB tu seiring dengan kenaikan harga tenaga global.

Beliau berkata, kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran serantau seperti Thailand (RM19.46), Indonesia (RM18.74) dan Singapura (RM133.45).

Nor Mohamed berkata, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menaikkan harga gas yang ia bekalkan kepada sektor elektrik dan perindustrian sebanyak RM3 seMMBtu setiap enam bulan mulai 1 Jun, 2011 sehingga Disember 2015.

Harga gas akan mengikut harga pasaran mulai 2016, kata beliau. – TARAKNAMA







LSS: Ada jugak magkuk ayun yang bagi alasan bodoh dan lapok nie! Ini kelentong jangan lah pakai lagi pasal belum sebut memang dah kantoi! Gas lagi mahal berbanding di sweden,norway,Uganda ataupun di planet Zargus dan Planet Pluto!



Buat lah alasan lain,Buat lah kelentong lain, ini kelentong dia punya kencing dah naik haring dan hancing dia punya bau.ai lah idea baru bila nak buat Kelentong, pasal lain kali kalau umum harga gas dan minyak naik maka umumkan lah dalam bahasa Zimbabwe.



Lain kali kasi lah tahu yang harga gas dan minyak yang ada di malaysia adalah lebih murah berbanding dengan yang di negara grand canyon yang berlokasi di planet Marikh! Ini cari baru kas orang kampung terkujat sampai terkulat - kulat!



Secara tiba - tiba je semua harga barang naik melambung,untuk sedapkan hati makcik - makcik dan mat - mat felda kelentong lagi kata ini semua Rasionalisasi nak meyelaraskan batang piston yang terletak di hujung cabang ekonomi negara!



Lepas bikin rasionalisasi naik harga barang lepas tu buat Pilihanraya ke - 13! ini baru power! Maka orang boleh Undi yang mana lagi glamer !



(BN) Barang Naik ATAU (PR) "Price Reduce"



Tiada ulasan: