KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dan ia terbukti apabila semakan baru tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak menjejaskan 75 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kwj sebulan.
Beliau berkata, selain itu kerajaan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna domestik yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember ini.
“Walaupun semakan baru tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan, kerajaan tetap melindungi kepentingan rakyat dan kita harus melihat perkara itu secara positif.
“Pada masa sama, semakan baru tarif elektrik tidak harus dijadikan alasan oleh segelintir pihak untuk menaikkan harga barangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata pihaknya akan turun padang untuk menemui rakyat bagi memberi penjelasan berhubung semakan baru tarif elektrik.
“Sudah tentu pembangkang akan mempolitikkan perkara ini. Kita akan bertemu rakyat dan memberitahu mereka faktor di sebalik kenaikan tarif elektrik,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan, berkata pemasangan lampu hiasan untuk projek landskap harus dikaji semula dalam usaha menerapkan sikap menjimatkan elektrik.
“Sekarang kita dapat melihat di sekitar bandar, lampu hiasan terlalu banyak dan kadangkala beroperasi sehingga awal lewat pagi,” katanya.
LSS: Apa yang mangkuk ayun ni merapu? mesti lah di politik kan,Masa ni lah nak belasah gerombolan kaw - kaw.Ini lah masa yang terbaik nak bagi tau bukan sahaja pada 1 malaysia malah pada seluruh dunia yang gerombolan ni bangang dalam mentadbir!
Ini lagi bikin rasionalisasi tak tau la mangkuk ayun ni belajar dari mana.Kalau harga minyak naik dah tentu la harga barang akan naik Bodoh! pasal takkan la towkay pasar borong atau kedai runcit nak angkut barang pakai Keldai kot!
Kalau tarif elektrik naik takkan la towkay restoran atau towkay pam minyak nak pakai lampu ayan atau Torch Light untuk kegunaan premis kot! dah konpom semua harga barang akan naik kerana elektrik perlu dalam semua urusan seharian bodoh!
Takkan la kerana tarif elektrik naik peniaga nak tangung kerugian.Last - last yang tangung kesusahan dari semua iadalah rakyat marhaein.Gaji dah la tak cukup,barang mahal,minyak mahal sampaikan tarif elektrik pun nak "bedal" ke???
Kalau tak politikkan na buat apa? pasal ini lah masanya untuk bagi semua orang benci pada gerombolan.Kalau bab menyusahkan orang itu semua gerombolan punya kerja.Ingat harga barang ni naik macam kenduri kawin ke?
Apa pikir harga baang naik ni sedekah amal jariah apa! kalau Pakatan Rakyat tak politik kan Harga barang dan tarif elektrik ni maknanya Pakatan Rakyat parti Bodoh! Ini lah masanya nak bela rakyat Marhaen dan terajang Gerombolan United Malays National Organisation terjun masuk sungai Kelang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan