Rabu, 25 Mei 2011

Kepala Butoh La ! Tak Naik,

Kalau Tak Naik Abes Tu Apa? Takkan Selaras Rasionalisasi Kot????


TIADA KENAIKAN RON95,DIESEL DAN LPG-Mkini


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sab
ri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya. Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.

"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.NONE "Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.


Tiada kaitan pilihan raya Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lalu.Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini menga

kibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama. Ditanya adakah pengekalan harga bahan api ini ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ismail berkata: “Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya.

” “Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan
raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka.

Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya. Ismail juga menolak tanggapan bahawa pengekalan harga bahan api itu juga adalah berikutan desakan pembangkang. "Kita tidak dengar pun daripada pembangkang.

Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang,” katanya. Ismail juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terpengaruh dengan khabar angin
terutama yang dibawa oleh parti pembangkang.

“Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar,” katanya.



LSS: Tak payah kelentong banyak - banyak! makin banyak kelentong,makin banyak "kencing" makin haring di punya bau! dulu kata tak naik naik jugak.Lepas tu kata kekal,Kekal ape ke benda mencanak - canak jugak dia naik.

Ini semua kalau tak pasal Pilihanraya abis tu pasal apa? takkan pasal babi dok bertenggek kat atas batu kot! ini benda biasa la,trik lama orang dia biasa tengok! kalau dulu asal Pilihanraya aje Harga getah mesti Naik!

Lepas tu gerombolan dok canang kat semua orang yang mana mereka dah berjaya naik tarafkan hidup rakyat.Tapi yang pelik lepas tu harga getah akan menjunam jatuh ke bawah! meleleh air liur Makcik - makcik Felda!

Sebelum Pilihanraya kasi turun Harga minyak pasal nak kelentong orang kampung dan makcik - Makcik Felda yang mengatakan bahawa gerombolan berjaya selamatkan ekonomi orang kampung.Lepas abis Pilihanraya,kuasa dah dapat,negeri dah rampas konpom harga minyak akan naik mencanak - canak balik!

Rasionalisasi Beb!

Tiada ulasan: