Rabu, 4 Mei 2011

Jual Agama ! Kelentong Bangsa !

Mufti: Penyatuan Umno-PAS tak semestinya satu parti-Mkini





Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

"(Ia) penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri, antaranya melalaui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan




LSS:Apa yang mangkok ni mengarut ni? kejap nak berpadu kejap tak jadi! Kalau nak berpadu nak bersatu gerenti kata pasal islam,gerenti kata pasal bangsa.ak payah nak kelentong itu semua berpadu pasal nak undi gerombolan.Itu pasal dulu masa gerombolan buat lesen judi takde pun mangkok ni nak bising pasal nak bersatu lawan kemungkaran pulak.


Tak payah la cakap pasal kepentingan rakyat selama ni sape yang rembat harta rakyat.Habis kampung berembang dan chu badak di rembat dan di serahkan pada towkay - towkay sampaikan kampung bandar dalam pun nak rembat jugak ker???


Itu jam la nak tengok ayat quran, itu jam la nak tengok hadis tapi yang peliknya mangkok ni cuma tengok ayat pasal berpadu - padu je.Ayat cerita pasal rembat hak rakyat tak nak tengok kerr?? Ayat quran cerita jangan seksa orang dalam I.S.A tak nak bukak kerr???


Ayat quran citerr.....pasal jangan halalkan judi tak nak baca pulak? Ayat quran citer jangan pergi sembah kaki Amerika dan Israel tak nak baca pulak? Ada ayat al-quran citer jangan bodek Amerika - Israel bila Osama Bin Laden di bunuh, Tak nak huraikan pulak??


Janganlah nak bodohkan orang melayu ni dengan ayat al-quran pasal orang melayu ni dah banyak yang bodoh bukan sahaja tak boleh baca tulisan arab tapi banyak dah kena kelentong dek "bisnesman - bisnesman Agama" macam mangkuk ni.Kononnya nak mencontohi Mat Noh Gadut la tu..Kah...Kah...Kah

Tiada ulasan: