Rabu, 4 Mei 2011

Agama Pun Boleh Bikin "bisnes" kerr???

PENGKHIANAT ISLAM - Utusan Melalok

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.



Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.


Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.


Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.


Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.


“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.



LSS:Macam - macam benda dalam dunia boleh bikin bisnes,agama kalau bolehbagi duit pun kira boleh jual.Aku ingat nasib baik tuhan takde kat sebelah dia, kalau tak gerenti Shafie Afdal gerenti akan bikin satu kontrek dan Mou punya!




Kalau nak tau ini lah yang panggil sebagai "the bussinessman of religous" mangkuk ayun macam ni kat mana - mana pun ada macam "multi level marketing" itu pasalkalau takaya masa Lokman Nor Adam dok Melebong masa Kempen pilihanraya 2008 kat Shah Alam bisnesman - bisnesman ini boleh di lihat di belakangnya.


Dengan gaya dan "dress-up" mengalahkan Ustaz Abu Bakar Al-Bashir dan menghalalkan apa sahaja atas nama gerombolan sekalipun apa yang di buat dek Lokman Nor Adam itu adalah satu kemungkaran.Itu pasal orang - orang macam ni takkansebut pasal kemungkaran bila tengah jual "barang".






Kalau tak caya habis semua ayat - ayat quran akan di korek habis - habisan manakala seluruh jenis hadis dari semua jenis kitab akan di cungkil termasuk la Hadis Ibnu Iwana Al - Kantoli dari Kitab Al - Fikaribun (kalau tak silap perawi nya ada rumah besar di Tel Aviv) asalkan boleh jual "barang" atas nama agama, janji ada untung!


Apa tunguu!!!! jual jangan tak jual! tergadai agama,tergadai maruah nabi diorang pedulik apa janji gerombolan kasi "claim" puluh - puluh ribu punya! siksaan kubur lambat lagi aah...buat deek...jer la!jual jangan tak jual! kasi bikin sampai dapat Datuk dan Tan Sri macam Mat Noh Gadut!


kalau tak dapat cium tangan mat monggol ponn...jadi lahh!!!!!!!


nota: Suatu Masa dulu LSS masih ingat ada mamat jual kitab quran dari satu rumah ke satu rumah dengan lengkap berpakaian songkok dan kain sampinnya.Orang kampung ramai beli kitab kat dia.Tak Lama lepas Abang LSS pulang dari Al-Azhar bawak sorang "student" arab bersamanya."student" arab tu meneliti kitab al-quran yang di jual dek mamat tu.


Satu kampung gempar apabila "student" arab dari Al-Azhar ini mendakwa yang kitab al-quran itu adalah persis yang telah di reka dan di ubah suai oleh Israel pada tahun 1980an.Kantoi si "pedagang agama" sampai ke saat ini mamat tu tak pernah singgah lagi ke kampung LSS.

Tiada ulasan: