Selasa, 17 Mei 2011

Se'ekor "Kambing" Kutty Ke Dewan Negara

*nota:Dalam bahasa Hindi "Kimma" bermaksud kambing!

Presiden Kimma dilantik sebagai senator-Minsider


KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), parti politik sahabat BN, dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah dalam beberapa hari.

The Malaysian Insider difahamkan, Syed Ibrahim , 57, telah menerima surat pelantikan sebagai senator minggu lalu.


“Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

“Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difaha
mkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu,” kata sumber ketika dihubungi.

Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah.

Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu
selepas mengangkat sumpah.

Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.

Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.
Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India
Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.
Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC.

Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan.


LSS: Hah! jahanam la......memang hancuss!!!! mamat tongkang dah masuk dalam dewan! kalau dulu samy vellu hari - hari masuk dewan bawak nasik daun pisang untuk mahafiraun.Hari ni meh datang lagi sekor pulak bawak nasi daun pisang dengan roti canai! kali ni untuk isteri Rosmah pulak!

Apa punya kejadah la Mat Monggol baru bikin kelentong Kutty sikit dah terus lantik jadi senator! Itu baru bikin kecoh yang kononnya kutty ni perasan la yang Pakatan ada rasuah mamak tongkang untuk masuk pakatan.

Woi Mangkuk! kalau masuk Dewan Negara ko nak citer pasal apa! takkan na citer pasal kedai mamak kat malaysia ni tak cukup kas - kas kot!!!! tak pun jadi berok itam kat dalam dewan...kah...kah...kah

Tiada ulasan: