Lama dahulu ketika mula di asaskan atas sikap pengecut UMNO yang mula bimbang akan di haramkan atas skandal Barisan 33 Pemuda UMNO yang akan mengangkat Senjata melawan British sebuah arti yang berteraskan islam di lingkari oleh golongan Nasionalisme.
Nasionalis - Nasionalis seperti Dato' Ahmad Fuad,Dato' Asri dan Dr.Burhannudin Al- Helmy pada masa itu meletakkan slogan Nasionlisma melayu sebagai teras utama dalam melawan Brisitish.
Namun apabila masa berlalu perjuangan PAS melalui beberapa lekuk perubahan yang drastik.Terutamanya apabila Nasionlisma di lihat tidak Relevan lagi bagi PAS.
Ianya bermula setelah Dato' Asri mengheret PAS ke dalam jerat UMNO iaitu dengan menyertai BN pada tahun 1971.Berlaku konflik yang amat tragik hasil dari sikap hati busuk yang dimiliki gerombolan.
PAS berpecah belah malah Lutfi Ahmad pernah menulis sebuah buku yang bertajuk "PAS tersungkur di kelantan" hasil dari perbuatan UMNO dang geng - gengnya dalam PAS.Maka dengan itu pemikiran berfahaman Nasionalis di ketepikan kerana mereka pastinya akan mencari jalan untuk berpadu - padu semula dengan UMNO.
Berakhir satu lekuk PAS mengambil pendekatan memilih pemimpin dari kalangan ulama yang lebih islamik.Dato Yusuf Rawa,Ustaz Fadzil Noor,Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz adalah pilihan dengan makna bahawa mereka harus melalui hala dan kepimpinan Ulama.
Namun setelah tembelang Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali cuba mengulangi tragedi 1977 dengan cuba menjalankan gerakan untuk "bernikah" semula dengan UMNO telah memperlihatkan kepimpinan Ulama seakan tercalit arang.
Kini seorang pemimpin bukan Nasionalis dan Ulama yang pernah di ketepikan pada pemilihan PAS yang lalu kini memperoleh semula Populariti nya.Gema suara lantang dan gerakan nya yang amat agresif memperlihatkan dia persis Syeikh Salah Syahadah pengasas HAMAS dan Mahmoud al- Barghouti yang memimpin gerakan sayap pemuda HAMAS.
Haji Mohd. Sabu seorang pemimpin yang begitu Vokal telah memperlihat dirinya layak di gelar seorang Revolusioner.Sudah berdekad lamanya PAS harus menitip seseorang yang mempunyai karisma perjuangan yang agresif persis Syeikh Ezzeddin Al-Qassam pengasas sayap bersenjata HAMAS.
Zaman sudah berlalu,kebangkitan Revolusi di Afrika dan Timur Tengah kini memanaskan momentum semangat patriotik masyarakat dunia.Maka selaras dengan itu PAS kini sudah memiliki seorang model dan idola yang paling tepat iaitu Haji Md Sabu.
Pilihanraya kini sudah tidak memberi sebarang makna,ini kerana mengapa mengapa masyarakat dunia tegar memilih jalanraya dan menumbangkan.Jadi gerakan agresif yang selalu ni namakan sebagai REVOLUSI sepatutnya di gerakkan oleh seorang Revolusioner seperti Md Sabu.
Oleh dengan itu kepada seluruh perwakilan,sedar dan ingat anak muda ber"kehendak"kan kepimpinan lebih vokal,lantang dan agresif seperti Md Sabu dengan erti kata lain mereka mahukan seorang Revolusioner untuk memimpin masa depan PAS dalam menumbangkan regim gerombolan.
Maka Pilih lah Haji Md Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS!
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan