Selasa, 31 Mei 2011

BERSEDIA UNTUK TERAJANG GEROMBOLAN MASUK KE DALAM SUNGAI KELANG!

PAKAR EKONOMI :HARGA MAKANAN AKAN TURUT NAIK - mkini





Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.


Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.


Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.

Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.

"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.




JANGAN LUPA 9 JULAI 2011,TURUN KE JALANRAYA!


LSS: Untuk 1 malaysia kita memang dah takde pilihan lain selain menghumbankan gerombolan United Malays National Organsiation ke dalam sungai Kelang.Ini harus di lakukan kalau tidak maka akan ada ramai la orang melayu yang akan mati kebuluran.


Jangan teragak - agak buat pilihan, turun ke jalan raya pada 9hb Julai ini adalah pilihan yang tepat untuk menyuarakan kemarahan.Jadikan 9 julai ini sebagai hari kemarahan rakyat dan kita akan menyambutnya dengan mengunyah cili padi sambil meludah ke arah poster gerombolan...........Kah...Kah...Kah

Tiada ulasan: