Selasa, 3 Mei 2011

Takkan Baru Hari Ni Tahu Kott?????

PKR: Bukit Aman di sebalik kempen anti-Anwar-Mkini



PKR hari ini mengemukakan beberapa keping gambar bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa Bukit Aman terbabit dalam beberapa siri ceramah untuk menyebarkan 'pembohongan' dan 'fitnah' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelantan.




Pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk Umno.

Menurut Azmin (kanan), program itu - berjudul 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini' - dilangsungkan di beberapa tempat di di Kelantan yang mensasarkan penyertaan guru dan pengetua sekolah.

Seramai 2,000 pegetua dan guru dikatakan terlibat.

Azmin menambah, seorang daripada penceramah merupakan pegawai polis kanan berpangkat SAC, Abdul Rahman Ismail yang merupakan ketua penolong pengarah dalam unit sekretariat dan penyelidikan Bukit Aman.

NONEDengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks".

"Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Umno.


















LSS: Takkan baru hari ni tahu kott....hek elleh! sekarang ada lagi yang berani nak nafikan yang Malaysia ni tak sama dengan Mesir.Kalau dulu Agen Polis SAVAK di Iran di gunakan oleh Raja Shah Reza Pahlevi untuk meneruskan cengkaman kuku besinya di Iran sebelum Revolusi.




Kat Mesir agen polis - polis rahsia di gunakan untuk membunuh semua pemimpin - pemimpin al - ikhwan.Kalau kat malaysia macam mana pulak??? Masih ingat lagi apabila kita terhumban ke kem kemunting maka kita akan di perlihatkan akan wajah anjing - anjing ini.




Pernah kat dalam kemunting dulu ada Siput Babi yang menasihatkan Saari Sungib agar masuk UMNO dan kemudian Siput Babi ni berjanji akan lindungi Saari Sungib.Tapi apa yang paling best mereka tak jadi anjing pada UMNO sahaja bahkan kepada sesiapa sahaja yang memberi mereka makan.




Pernah saari sungib tanya pada anjing - anjing ni kenapa tak tangkap towkay - towkay rumah pelacuran, mereka jawab kalau mereka tangkap towkay - towkay ni, siapa akan bayar "gaji gelap" mereka!




maka kita kena ingat! peraturan 1: Jangan Percaya Pada Polis




Peraturan 2: Pun jangan Percaya pada Polis!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mari undi di sini

http://mari-mengundi.blogspot.com