Mungkin untuk pertama kalinya, aku bersetuju dengan Azmin bila dia kata SPR menipu dan bersekongkol dengan BN untuk menipu dalam pilihanraya.
Ini kata Azmin dalam Malaysiakini."PKR poured vitriol over the Election Commission (EC), claiming that they are in cahoots with the ruling party to supply Pakatan Rakyat with faulty electoral rolls."
Cuma ayat ni saja yang aku setuju.Tapi bila dia sambung lagi…
Charging that the latest electoral rolls are the dirtiest he has ever seen in his political career, party deputy president and Gombak MP Azmin Ali said the EC is clearly practising double standards.
In a press conference in the party headquarters in Petaling Jaya this morning, Azmin said the electoral rolls sold to PKR had incomplete addresses, showing only the house number without the block number and road name."
Kah.kah.kah. Sejak bila Azmin cakap double standard.? Pasai apa baru sekarang komplen SPR double standard? Pasai apa masa Pemilihan PKR dulu tak cakap pasai double standard. Pasai apa masa Pemilihan PKR dulu tak cakap pasai pembohongan?
Baru sekarang Azmin cakap pasai pembohongan SPR. Aku dah cakap lama. boleh baca kat sini, sini, sini, sini. Sampai empat siri aku tulis pasai konspirasi SPR. tapi masa tu sapa pun tak peduli…semua dok sebok dengan Ahli Majlis, nak rebut GLC. Bila SPR buka bantahan…sapa pun tak mau bantah. Bila SPR dah gazette, tu pun tak tau lagi. Bila dah dekat dengan pilihanraya…baru nak bising.
Dulu bila aku bising pasai Pemilihan PKR yang penuh penipuan, hangpa kata memang patut aku kena tipu. sebab orang bodoh saja yang boleh ditipu. Memang patut Azmin menang pasai dia lagi terror.
Sekarang kalau hangpa ditipu oleh SPR, memang patut hangpa kena tipu..pasai tak pakai akai.
PKR keluar duit RM48,000 ringgit untuk beli daftar Pemilih yang tidak lengkap. Aku boleh beli dengan harga separuh daripada itu dan cukup lengkap. Sampai tarikh pengundi itu memohon pun ada.
So…sapa yang bodoh?Orang bodoh saja yang selalu kena tipu.
Azmin kata lagi…
"But when I met the EC secretary Kamaruddin Mohamed Baria, he said that it was new policy not to give out the full address of the voters," said Azmin.
Tu la pasai. Hang kena tipu bulat-bulat oleh SPR. Masa kat Hulu Selangor lagi SPR dah buat benda ni. In fact, SPR buat benda ni sejak Jun 2009.
Dan kenyataan ini memang biasa aku dengar pasai orang yang bercakap tak tau hujung pangkal.
In an real-life example, Azmin said there are eight voters – four Chinese and four Indians – registered to his mother’s house in the traditional Malay community of Kampung Klang Gate Baru, when in actuality, she lives alone.
Aku boleh bagi beberapa contoh lagi.
Bila kita beli Daftar Pemilih dari SPR, apa yang kita dapat ialah "raw data". Dalam SSDP Pas, tak ada kategori bangsa. Yang tu kena bubuh sendiri. Bila aku dapat Daftar Pemilih Kedah dari member Pas disana, ramai orang-orang Siam dan Orang asli dikategorikan sebagai Melayu, India atau Cina. Mana yang ada bin atau binti, semua melayu. Mana yang ada "a/l, atau a/p" semua india. Kalau tak ada, semua Cina.
Daftar Pemilih original dari SPR bukan saja ada bangsa, malah suku kaum pun ada. Kalau Cina, ada Hokkien, Teochew, Hakka, Cantonese. Kalau Melayu ada Banjar, Jawa, Mendailing pun ada. Kalau India ada Malayalee, Tamil, Telugu. Benda ni penting!! Kalau kita tau suku kaum sesuatu lokaliti itu, senang buat kerja. Nak pi ceramah kat kawasan Banjar, boleh suruh Albanjari. Nak pergi ceramah kat kawasan Jawa, boleh suruh ISA, nak ceramah kat kawasan Mendailing, boleh suruh Nizar. Baru la ada touch!! Kita berceramah dalam dialek depa..baru ada class.
Tapi SPR tak bagi semua itu. Yang tu kena pandai sendiri la.
Apakah rumah emak Azmin saja yang ada 8 pengundi? Kat bawah ni aku bagi satu contoh kat Taman Perpaduan, dalam Parlimen Tambun.
Bila kita beli Daftar Pemilih, ini yang kita dapat. Nombor rumah dan lokaliti. Tak ada nama jalan, tak ada nama lorong. Rumah no 1 Taman Perpaduan memang 1Malaysia. Semua bangsa ada kat dalam rumah tu. Bila petugas pilihanraya pi tanya kat Abd Rani, "kenai ka Sanmuga Sundram?" Abd Rani kata tak kenai. rumah dia ada dua orang saja.
Petugas pun balik dan bagi tau Azmin…kat rumah no 1, Taman Perpaduan ada 37 pengundi hantu. Sebabnya, cuma Abd Rani dengan bini dia saja yang duduk kat situ. Peeergh!! Azmin pun buat sidang media. glamer beb!! Tapi apa tindakan yang patut dibuat?
Aku bagi lagi satu contoh. Yang ni kat Taman Taufik, dalam Parlimen Gopeng.
Hangpa mungkin beranggapan dalam rumah ni ada 10 orang. Hangpa tau ka yang mana satu Cantonese, yang mana satu Khek, yang mana satu Teowchew? Hangpa tau ka yang mana satu Buddhist, yang mana satu Kristian?
Bila tak tau, tu yang jadi cerita…pi bawa limau Tahun Baru..pi bagi kat rumah kristian. Pi hantaq kad Krismas kat rumah orang Buddhist. Bila tak kenal pengundi, tak ada touch!!
Pasai apa aku boleh dapat maklumat lengkap?
|
Sampaikan tarikh bila dia memohon menjadi pengundi pun aku tau. Orang Umno bagi kat aku ka?
Tu la pasai. Orang bodoh saja yang selalu kena tipu.
*** Lagi satu yang aku kata tak dak akai…pasai apa PKR beli satu set. Pas beli satu set. DAP beli satu set. yang kaya SPR. tak boleh ka beli satu set, dan kemudian share diantara tiga parti? Kalau RM48,000 bahagi dengan tiga, cuma RM16,000 saja.
Semasa SPR menerbitkan Daftar Pemilih Induk Disember 2009, terdapat 40 individu atau parti yang membeli Daftar Pemilih tersebut. RM48,000 * 40 = RM1.92 juta SPR buat duit. Mengapa tidak Pakatan beli satu set, kemudian bagi free kat semua orang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan