Selasa, 21 Jun 2011

Pendedahan Skandal RM400,000.00

di petik dari : Malaysia Times.


PKRleaks: Skandal RM400,000 (1)



Oleh kerana Ong Eu Leong tidak mahu menarik balik tuduhanya yang mengatakan aku minta RM400,000 dari PKR, (dan bila tak dapat..aku keluar parti,) maka aku beranggapan bahawa dia tetap dengan tuduhan itu. Walaupun ramai yang menyuruhnya meminta maaf dan menarik balik tuduhan tersebut, tapi dia tetap keras kepala.


Kalau ikut lumrah undang-undang, pendakwa perlu membuktikan tuduhannya. Tapi oleh kerana budaya dalam PKR dimana kalau mereka menuduh, tidak perlukan bukti. Tapi kalau orang lain menuduh depa, mesti diiringi bukti. Kalau tak ada bukti..itu fitnah. Ada bukti…pun fitnah.


Jadi aku mengambil keputusan untuk membersihkan nama aku dengan menceritakan dari A sampai Z.Kalau nama aku tak bersih…macam mana nak pergi perhimpunan BERSIH?


Dalam setiap parti yang nak menang pilihanraya, Biro pilihanraya perlu mantap. Perlu ada maklumat pengundi, perlu ada perancangan, strategi dsb.PAS ada Sistem Semakan Daftar Pemilih (SSDP). Umno ada sistem dia sendiri. Masa PRU 2008, Alfaberlian yang tolong set-up untuk Puteri Umno di Perak. Siap dengan sistem pemantauan pengundi. Setiap jam depa tau…sapa yang sudah keluar dan sapa yang belum mengundi. PKR ada apa?


Pada tahun 2006, Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihanraya PKR melancarkan SISMEP ataupun Sistem Menang Pilihanraya. SISMEP merupakan satu perisian komputer untuk memantau pengundi. Sebelum pilihanraya, sistem tersebut mampu memantau pengundi-pengundi yang sudah mati atau pengundi hantu. Semasa pilihanraya, sistem tersebut juga mampu memantau pengundi-pengundi yang sudah ataupun belum keluar mengundi.


Tapi sistem ini hanya berfungsi bila ada pilihanraya kecil, sebab tak ada orang yang boleh mengendalikan sistem ini. Hanya beberapa orang-orang Azmin yang boleh menggunakannya. Ia juga adalah milik eksklusif Azmin…bukan milik parti.


Dalam PRU 2008, sistem ini tidak digunakan, sebab tak ada siapa yang tau. Malah kalau tanya orang PKR pun …ramai yang tak tau.Bila aku pergi untuk membuat latihan sebagai persediaan PRN Sarawak pada tahun 2010, orang Sarawak tak pernah dengar pun SISMEP.


Selepas PRU 2008, Pengarah Pilihanraya PKR diambil alih oleh Saifuddin Nasution. Dan Saifudin mewarisi bilik kosong dari Azmin. Tidak ada rekod atau fail yang diserahkan, Malah SISMEP yang dibanggakan itupun kekal menjadi milik Azmin. Saifudin terpaksa bermula dari kosong.


Tidak banyak rekod pencapaian Saifudin semasa menjadi Pengarah Pilihanraya PKR. dan Saifuddin tak mampu melakukan banyak perkara sebab bukan ada peruntukan kepada Jawatankuasa Pilihanraya. Saifudin bukan ada duit macam Azmin. Semua staf Saifudin adalah petugas sukarela yang tidak dibayar gaji. Elaun pun tak ada.


Tapi aku salute kat Saifuddin…sebab dia berjaya juga menetapkan beberapa Piawaian Asas (SOP) tentang pilihanraya.Dia tak ada sistem canggih macam Azmin, tapi semuanya direkodkan dan menjadi milik parti.


Penghujung tahun 2009, Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengarah Biro Latihan PKR dan aku pun join sama. Dalam Biro Latihan, aku lebih banyak bermain dengan nombor, data dan statistik. Semuanya dibuat secara manual. Dan Fuziah melantik aku menjadi trainer khusus tentang nombor dan angka. Itu sebab aku boleh tulis dalam blog siap dengan fakta dan angka.


Sekitar bulan Februari atau March 2010, berlaku rombakan dalam PKR ekoran perletakan jawatan Salehuddin Hashim sebagai Setiausaha Agung PKR. Saifuddin dilantik menjadi Setiausaha Agung, Fuziah menjadi Pengarah Pilihanraya manakala Biro Latihan diserahkan kepada Mustaffa Kamil Ayub.


Bila Mus menjadi Pengarah Biro Latihan, dia mengambil kembali team dia dan membuat perubahan dalam latihan secara total. Mus kembali dengan SEHARUM. Aku balik kampung bela ayam.


Lebih kurang sebulan Fuziah Salleh menjadi Pengarah Pilihanraya, berlaku Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. (April 2010) Dan disinilah aku nampak banyak kepincangan dalam pengurusan pilihanraya.


Pertama sekali, Jawatankuasa Pilihanraya PKR tak ada duit. Satu sen pun tak ada. Semuanya kena bergerak secara sendiri. Nasib baik makan free kat Ampang Pecah. Kereta aku rosak teruk dan aku tak ada duit nak repair. Nasib baik Fuziah baru dapat gaji, dan dia tolong bayarkan.


Dan PRK Hulu Selangor juga menyaksikan perebutan kuasa, sabotaj dan keras kepala.


Dua minggu sebelum Penamaan Calon, Jawatankuasa Pilihanraya Negeri Selangor mengadakan retreat di Ampang Pecah yang diketuai oleh Abdullah Sani, Pengarah Pilihanraya PKR Selangor.


Hari pertama..bengkel. Hari kedua..pembentangan.


Masa pembentangan…aku dijemput duduk dikerusi VIP dengan Haji Ismail sebagai wakil Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP). Dan dalam masa pembentangan tersebut, dalam hati aku kata…hancur la. Kalau Pengarah Pilihanraya Negeri tak tau berapa Daerah Mengundi di Batang Kali…macam mana nak mengatur gerak kerja?


Yang aku tau, DUN Batang Kali mempunyai 17 Daerah Mengundi, tapi JPRN Selangor berkeras kata cuma ada 16 Daerah Mengundi. rupa-rupanya, depa pakai Daftar Pemilih PRU 2008 Daftar Pemilih PRU 2008 menggunakan Daftar Pemilih Induk Disember 2007.. Aku pulak pakai Daftar Pemilih Disember 2009. PKR Selangor…satu negeri yang kaya dan ditadbir oleh PKR…tapi nak beli Daftar Pengundi yang berharga tak sampai RM500.00 untuk Hulu Selangor, tak ada duit.


Aku tak boleh nak lawan depa…sebab depa lagi berkuasa..jadi aku bagi tau kat Fuziah. Kalau JPRP tak bantu…lingkup la.


Pada hari ketiga, retreat dihentikan serta merta sebab Tan Sri Khalid mengambil alih. Khalid melantik dirinya sebagai Pengarah Pilihanraya PRK Hulu Selangor. Sekarang sudah ada dua Pengarah. Abdullah Sani dan Khalid. Masing-masing berebut nak jadi Pengarah. Dan perkara ini tidak boleh diselesaikan sehingga terpaksa dibawa ke Mesyuarat Biro Politik di Tropicana. Masing-masing berebut nak jadi Pengarah, tapi kerja dibawah masih belum berjalan.


Akhirnya Khalid jadi Pengarah dan Fuziah Saleh dilantik jadi Pengarah Operasi. Aku pun ikut Fuziah ke Ampang Pecah dan berkampung disana. Aku pun buat kerja secara manual berdasarkan Daftar Pemilih Disember 2009. Tapi bila keluar Daftar Pemilih yang digunakan untuk PRK, ianya sudah berbeza!! Tambah satu lagi Daerah Mengundi di Batang Kali menjadi 18.


Masa tu baru kelam kabut. Bila Fuziah tanya aku berapa pengundi baru, berapa pengundi yang dipindah masuk, berapa pengundi yang dah mati…aku kena buat sorang-sorang secara manual. Mati la. Aku cuma tau Excel. Nak sort semua benda tu…mati la.Jadi aku bagi tau Fuziah aku perlukan dua orang yang mahir dalam Access. Bila tak dapat, kami minta tolong Unit IT Pas. Suhaimi Embong datang dengan dua lagi pembantu dan membantu menganalisa Daftar Pemilih.


Unit IT Pas berjaya mengesan beberapa ratus pengundi yang telah berubah kawasan. tapi aku nampak lebih dari itu. Aku boleh nampak apa yang telah berlaku, tapi aku tak boleh nak confirm with facts and figures. Aku bagi tau Fuziah, kemungkinan hampir 20,000 pengundi telah berpindah tempat mengundi. Tapi Fuziah tak percaya. Dia lebih percaya kepada laporan Unit IT Pas.


Bila tiba hari Penamaan Calon, Ong Eu Leong datang dari Penang. Dan dia memang mahir dalam Access. Dia dan aku tak tidur 3 malam untuk mengesan pengundi-pengundi yang telah berpindah tempat pengundi. dan hasilnya, kami mengesan 13, 488 pengundi telah berpindah tempat mengundi. Selesai satu perkara.


Kemudian nak pantau pergerakan pengundi masa mengundi. Nak tau berapa pengundi dah keluar, berapa pengundi yang belum mengundi…nak buat macam mana?


Fuziah meminta pertolongan staf Azmin yang buat SISMEP dulu. Depa demand RM6,000. Perghhh!! Kami yang duduk buat kerja tak ada duit, tapi depa datang nak bawa software demand RM6,000. Aku tak tau la berapa Fuziah bayar kat depa. Tapi bila tiba hari mengundi…semua kaput. Sistem tu tak compatible dengan kebanyakan laptop yang ada.Tahun 2010..sapa pun tak pakai Windows 98. Pulak tu, sepuluh laptop, ada macam-macam OS. Ada yang pakai Windows 98, Windows ME, Windows XP, Windows Vista. Akhirnya bila tiba hari mengundi langsung tak pakai.


Aku tak mau cerita macam mana petugas PKR masa PRK Hulu selangor tak makan…sedangkan RM150,000 diperuntukkan untuk makanan. Aku juga tak mau cerita macam mana 15,000 keping poster Zaid hilang tengah jalan. Aku juga tak mau cerita pasai apa bendera dan banner tidak dibenarkan keluar dari ibupejabat PKR ..sebab tak ada kena mengena dengan skandal RM400,000 ini. Skandal RM400,000 ini hanya tentang sistem perisian komputer untuk memantau pengundi.


Terus terang aku katakan..jentera pilihanraya PKR kaput. Lemah sebab bukan saja tak ada petugas, malah tak ada data. Cuba tanya kat Pengarah Pilihanraya PKR selangor…depa ada Daftar Pemilih 2008, 2009, 2010? Depa tau tak berapa Daerah Mengundi di Selangor sekarang? mungkin ada dua tiga Cabang yang melakukan usaha sendiri, tapi di Peringkat Negeri…hampas.


Selepas PRK Hulu Selangor, kami buat post mortem dan pada masa itu aku mencadangkan supaya JPRP mempunyai satu sistem yang boleh diakses oleh semua orang. Setiap Cabang PKR perlu mempunyai data setiap pengundi. Kalau pengundi pun kita tak kenal…nak menang macam mana? Kalau Daftar Pemilih pun tak ada…nak buat kerja macam mana? Tapi bila suruh buat presentation….memang terror. Semua retorik.


Semasa retreat di Port Dickson, setiap Pengarah Pilihanraya Negeri diminta mebuat presentation tentang bagaimana nak menang dalam PRU 13. Abdullah Sani lari…dan hanya meninggalkan laoprannya. Aku tak mau tunjuk kat sini. Malu. Suruh Chor buat lagi bagus. Hangpa bayangkan..kalau Matsamankati yang bodoh dan bengap..boleh duduk di Jawatankuasa Pilihanraya PKR Pusat…macam mana keadaan yang di Negeri atau Cabang?


Fuziah bersetuju supaya JPRP mempunyai sistem komputer untuk memantau pengundi. Tapi dia mau lebih baik dari SSDP yang dimiliki oleh Pas. Dan dia memberikan tugas untuk menyediakan sistem ini kepada dua team. Aku satu team..manakala satu lagi diberikan kepada Aman Shah. Lepas tu masing-masing datang buat presentation siap dengan proposal.


Aman bawa software dia. Memang canggih…tapi kos dia dalam jutaan ringgit. Aku bawa sistem cokia…tapi cukup untuk melakukan kerja-kerja yang diperlukan. Dan kosnya hanya RM380,000. Siap dengan latihan bagi setiap Data Analyst Cabang.


Fuziah ambik aku punya. Dia suruh aku teruskan dengan system development. Tapi suruh saja!! Bukan ada duit. Kalau dapat advance dua tiga ribu pun takpa…tapi yilllekk. Satu sen pun tak ada. Yang ada hanyalah janji mulut. Aku percaya kat Fuziah sebab dia belum pernah kelentong aku.


Now!! Mana aku nak cari duit untuk beli Daftar Pemilih? Nak beli Daftar Pemilih saja RM50,000 untuk seluruh Malaysia. Nak beli komputer…nak bayar programmer, nak bayar Data Entry clerk. Aku pulak nak makan apa?


Aku tarik sorang member yang ada duit sikit. Dia ada syarikat sendiri. Ada 14 orang staff. Jadi aku boleh pakai kemudahan pejabat dia. Member pun setuju.


System development mempunyai 3 fasa. Selesai satu fasa…PKR kena bayar berapa kos yang aku keluar. (Progressive payment la). Sebab aku tau PKR bukan ada duit.


Fasa pertama, kami belanja RM50,000. Itu pun hanya menumpukan kepada Perak dan Sarawak. Sebab kat Perak masa tu heboh dengan DUN akan dibubarkan. Sarawak juga akan menghadapi Pilihanraya DUN. Member aku pakai duit syarikat dia untuk development cost.


Nak kata canggih tu tak la. Tapi sistem ini dipanggil I-VIDIA. (Internet based- Voters identification and Data Intergration Application). Hangpa nak maklumat tentang pengundi? Tentang keputusan pilihanraya yang lalu? Nak tau berapa pengundi baru? Berapa pengundi dah mati atau masuk jel? Berapa dan siapa pengundi yang telah dipindahkan. Maklumat-maklumat tentang pengundi hingga ke setiap rumah panjang pun boleh diperolehi dengan hanya mengakses internet.


Bila ada maklumat..baru senang buat kerja. Tak perlu ceramah, tak perlu risalah. Hangpa duduk kat kedai Janda Bakaq kat pekan Sauk, dan cuba perhatikan orang lalang. Orang kampung boleh kenai sapa penyokong totok Pas, sapa penyokong totok Umno. Dalam 100 orang, mungkin kita kenai 30 orang penyokong totok Pas, dan 40 penyokong totok Umno. Baki tinggal 30 yang atas pagar…yang kita tak tau dia undi sapa. Ini sasaran kita. Nak pi kempen kat orang Umno yang dah gerenti takkan jadi putih walaupun dibasuh dengan Clorox buat apa? Dan kalau dah tau siapa 30 orang pengundi atas pagar…terus jumpa depa la. Tak kan nak tunggu Mat Sabu datang buat ceramah nak kempen kat depa! Tapi kalau yang tu pun tak boleh buat…nak menang macam mana?


Bila aku buat training kat Sarawak, Baru Bian kata…"we know whether we’ll win or lose, before the election". Yes…because we keep records of every voter. Who they are, where they live and who they are going to vote. Sebelum hari mengundi kita dah boleh tau sama ada boleh menang atau tidak. Itu pasai aku kata PKR hanya boleh menang tidak lebih lima kerusi diSarawak. Anwar kata boleh menang 20 kerusi. Akhirnya menang hanya 3 kerusi.


Semasa di Sarawak, aku buat perkiraan dalam masa sehari. Masa sampai di Sarawak, aku tak ada Daftar Pemilih terkini yang digunakan dalam PRN. Husnul dan Cyberboron bantu aku dapatkan dari Pemuda Pas Sarawak. Dan dalam masa satu hari aku buat analisis. Esoknya aku publish unjuran kemenangan. Itu pun kalau buat kerja la. Kalau takat sembahyang hajat saja…tak jadi.


Hangpa ingat Najib akan buat pilihanraya kalau dia tau dia akan kalah? Tu pasai dia tangguh pilihanraya sebab dia tau susah nak menang. tu pasai SPR dok kalut tambah pengundi pos, ubah pengundi, modify daftar Pemilih…sebab nak bagi BN menang.


Umno membelanjakan RM14 juta untuk membangunkan http://sikap.com.my. Tapi biasa la dengan Umno. Bukak Facebook pun sampai RM1.8 juta. PKR bakal mempunyai sistem yang tak sampai RM400,000. Orang Azmin minta RM6,000 untuk satu Parlimen di Hulu Selangor. Kalau 200 parlimen dah RM1.2 million. Dengan RM50,000, PKR sudah mempunyai sistem memantau pengundi untuk Sarawak dan Perak. Tapi yang tu pun tak boleh nak bayar!!


Bila Fasa pertama sistem siap, Fuziah kata funder tak jadi nak bagi duit. Kantoi la aku.Entah berapa kali aku buat presentation pun aku takingat. Sampaila kena buat presentation kat Biro Politik yang dipengerusikan oleh Anwar sendiri.


Anwar setuju dengan sistem ini tapi pasai duit..dia suruh deal dengan Bendahari, William Leong. Mampuih la. William nak bayar duit sewa pejabat pun tak ada duit…macam mana nak bayar kat aku? Biro Latihan pun sekarang dah mati. Mus pun dak bangkrap C.


Member aku terpaksa jual Toyota Harrier dia dan pakai Proton kereta kebal sebab RM50,000 dah hangus. Dan kalau PKR tak mau bayar..pasai apa aku nak bagi sistem tu secara percuma? Depa minta source code…boleh bla la.


Kereta aku masuk worksyop enam bulan. Nak repair tak ada duit. Akhirnya aku keluar duit EPF untuk repair kereta. Tu kira nasib baik umur aku dah lima puluh. Nak harap RM50,000 dari PKR…tak tau la. Tapi aku tak bising. Dan aku terus juga buat kerja dengan PKR. Malah kawan aku sanggup meminjam dan berhutang lagi untuk membantu Rodziah menggerakkan projek MIMBAR.


RM50,000 lingkup kerana sistem pilihanraya. RM50,000 lagi lingkup kerana MIMBAR. Aku dapat apa? Kawan aku hutang keliling pinggang sampai syarikat lingkup. Lelong pejabat dengan harga diskaun 50% kepada JIM Shah Alam. Proton Saga kereta kebal pun dah kena tarik. Akhirnya kami ambil upah tebas rumput kat highway.



Bila orang kata aku minta RM400,000…sedangkan aku dan kawan aku jadi bangkrap C….aku sakit hati. Malah Fuziah sendiri kata tak betul.Dan kalau hangpa bawa kereta EXCO lalu kat hiway tu..jaga-jaga la sikit. Silap-silap hangpa langgar kami pulak.


Aku pun heran macam mana PKR tak ada duit. Semasa Pemilihan PKR, Azmin boleh belanja RM7,000 untuk hanya majlis berbuka puasa di Taiping Golf Resot. Tu satu saja!! Kalau satu malam tiga tempat dah RM21,000. Kali dengan 29 hari…dah RM600.000. Bila orang bagi tau aku…Azmin belanja RM3 juta untuk kempen Pemilihan Timbalan Presiden…aku tak terkejut. Bila PKNS ada skandal dengan Gapurna pun aku tak terkejut. Bila Khalid Ibrahim pun takut nak siasat skandal tu…lagi aku tak terkejut.


Dan aku pun tak terkejut kalau PKR tak bayar sewa bangunan sampai 30 bulan. Sebab aku tau PKR tak ada duit. Yang banyak duit…Azmin sorang saja.

Tiada ulasan: