Yang mana satu gomen, yang mana satu parti?
Dalam posting PKRleaks:Skandal RM400,000(1), aku seronok layan komen macam ni.
“PKR Selangor…satu negeri yang kaya dan ditadbir oleh PKR…tapi nak beli Daftar Pengundi yang berharga tak sampai RM500.00 untuk Hulu Selangor, tak ada duit.”
bro. pliz la reti bezakan antara kerajaan dan parti.
kerajaan PKR Selangor tu kerajaan la.
mana boleh pakai duit hasil negeri utk kegunaan parti.
kalau kata PKR Selangor kedekut taik idung masin nak spend RM 500.00 utk buku tu, yes aku setuju.
tapi kalau kaitkan dgn posisi PKR sebagai kerajaan negeri, aku tak setuju.
Aku respek gambang. Memang itu yang patut dilakukan oleh semua orang, kalau tidak…kita pun jadi macam Umno.
Semasa aku menyertai Biro Latihan dibawah Fuziah Saleh dulu, salah satu perkara penting yang menjadi modul latihan ialah membezakan parti dan kerajaan. Dan latihan ini bukan untuk tukang gantung bendera atau tampal poster, tetapi kepada pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan termasuk ADUN dan Ahli Parlimen.
Sesuatu yang menyeronokkan ialah apabila ADUN dan MP ini tak tau yang mana satu kerajaan, yang mana satu parti. And they are in the government!!
Permainannya cukup mudah. Satu tajuk diberikan pada screen projector. Contoh:
1. Patutkah PKR menggunakan Dewan Orang Ramai untuk mengadakan program parti?
Sesiapa yang bersetuju, masuk dalam barisan "Ya" dan siapa yang tak bersetuju masuk dalam barisan "Tidak".
Jangan terkejut kalau yang masuk dalam barisan "Ya’ kebanyakannya adalah mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan, Manakala yang mengatakan "Tidak" adalah mereka yang tak ada jawatan. Kemudian, setiap orang diberikan peluang untuk menjustifikasikan keputusan mereka.
Satu ayat yang cukup popular dilakalangan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan ialah, "Kalau Umno boleh buat…pasai apa kita tak boleh buat?"
Lagi satu ayat ialah, "Kalau kerajaan tak tolong parti, macam mana parti nak hidup?"
Dan ada juga yang kata, " Semasa ada kuasa ni, kita buat la."
Itu contoh bagaimana kuasa boleh disalahgunakan. Ada lagi satu contoh bagaimana dasar parti pun pemimpin tak faham.
Aku ambil contoh ini:
"Diskaun 10% untuk Bumiputra membeli rumah perlu dihapuskan."
Hangpa setuju atau tidak?
PKR telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa diskaun 10% untuk Bumiputra membeli rumah perlu dihapuskan. Ini sudah menjadi dasar parti. Tapi bila soalan ini ditanya, ramai pemimpin parti yang ada jawatan dalam kerajaan tidak bersetuju. "kita kena bantu orang Melayu!! " Pemimpin sendiri tak faham tentang dasar depa.
Teruk la orang ni digasak oleh Fuziah…itu pasai mengapa Fuziah tak popular dikalangan pemimpin, tapi popular dikalangan ahli bawahan. Itu sebab juga Fuziah hanya mampu bertahan selama empat bulan sebagai Pengarah Biro Latihan.
Semasa PRK Hulu Selangor, EXCO-EXCO Selangor kehulu kehilir dengan kereta EXCO. Betul atau salah perbuatan ini? Bukan kah ini menyalahgunakan kuasa? Masa tu juga diedarkan hamper-hamper siap dengan kad yang bertulis, "Dari Pejabat EXCO YB Rodziah Ismail." Betul atau tidak tindakan ini?
Masalah utama dalam kekeliruan yang mana satu gomen dan yang mana satu parti ini berlaku kerana kita menggunakan UMNO sebagai tanda aras ( benchmark.)
Bila kita kata "hangpa tak boleh buat macam ni…" Depa jawab balik, "Umno buat lebih teruk dari kita!!"
Bila kita kata, " Kita kena buat program untuk anak muda." Depa jawab balik, "Elllehhh..Umno pun tak buat juga."
Susah nak berdialog dengan depa.
Pada 14 dan 15 Mei yang lalu, satu program telah diadakan oleh PKR di Shah Alam yang dipanggil "Be a Cybertrooper". Hanya mereka yang terpilih saja dipanggil untuk menyertainya. Kursus tersebut dikendalikan oleh Rafizi Ramli, Isham Rais dan pakar hacker, Ramli Ishak. Ini bukan program Kerajaan Negeri, kerana hanya blogger pro-PKR saja yang dijemput.
Yang ini aku tak kisah, tapi bila semua perbelanjaan makan minum dan penginapan ditanggung oleh kerajaan negeri…yang tu salah. Akhirnya, kita pun jadi macam Umno. So…apa bezanya?