Ahad, 5 Jun 2011

MAKA BERSEMILAH HARUMAN KEBANGKITAN REVOLUSI

Disaat - saat sang gurkah - gurkah politik dalam PAS mahupun PKR sedang mencongak untuk mendorong projek - projek setan seperti UG dan di saat seorang revolusioner dalam PKR disingkirkan melalui komplot jahat.



Maka seorang Revolusioner dalam PAS yang mewakili suara Proletarian dan golongan marhaein kini di sebagai pemimpin tertinggi.



Sedingin roh Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan para Revolusioner serta pejuang - pejuang pembebasan yang lain kini seluruh umat marhaein sudah pasti menitipkan doa kesyukuran atas kejayaan buat seorang Revolusioner Islam.Pilihan yang tepat lagi ideal bersesuaian dengan kehendak dan selera zaman.


Mungkin Abang Mat Sabu bukan lah layak untuk di senaraikan sebaris dengan Syeikh Ahmad Yasin,Dr. Abdul Aziz Ar - Rantissi,Syeikh Solah Syahadah mahupun Syeikh Ezzedin Al -Qassam.Ataupun Abang Mat Sabu juga tak sebaris dengan Fidel Castro,Che Guevara,Leon Trotsky,Vladimir Lenin mahupun Rashin Maidin,Abu Samah,Abdullah Sidi dan Lai Raifel.


Tetapi cukuplah lah seorang yang amat di sanjungi oleh golongan proletarian dan golongan Marhaein di pilih untuk menjadi pemimpin di hadapan.PAS sebelum ini kelihatan sungguh terkesima atau wa'la untuk memilih golongan Ulama.






Namun kini majoriti dari keseluruhan percaya seorang Revolusioner harus diangkat kerana buat masa ini haruman kebangkitan sedang menjulang sampai langit ke - 7.Ramai yang sudah hilang keyakinan pada institusi kehakiman dan Pilihanraya mahupu seluruh sistem peradaban yang ada di negara ini.


Untuk percaya kepada Kehakiman dan Pilihanraya sudah tidak lagi ada dalam keimanan seluruh rakyat terutama pada ahli - ahli PAS.Ini kerana sudah terbongeng di hadapan mata biar mana - mana regim penzalim pasti memperalatkan pilihanraya sebagai medium untuk berkuasa sampai kiamat


Oleh itu satu kebangkitan kuasa rakyat harus di gembleng oleh seorang Revolusioner yang memperoleh kepercayaan dan keyakinan dari golongan proletarian(Marhaein) seluruhnya.Demi menamatkan seluruh polisi pembodohan yang telah melingkari pemikiran bangsa sejak 400 tahun dulu.


Dengan terpilihnya Abang Mat Sabu seakan terdengar rintihan geng - geng gerombolan United Malays National Organisation dari luar dan dalam Pakatan Rakyat.Maki - Hamun dan sumpah seranah terhambur kerana pada tarikh hari ini musnahnya impian UG/Kerajaan Perpaduan.


Chegu Bard,Abang Mat Sabu,Datuk Mahfuz Omar antara Revolusioner yang kita yakini bahawa Haruman Revolusi itu semakin dekat.Cahaya yang menerangi ruang udara Tunisia dan Mesir kini Melintasi langit Yaman.


Subhanallah !


Tepat pada tarikh 05 Jun 2011 seolah - olah ada pujangga yang telah membisikan melalui nurani bahawa cahaya yang sedang melepasi langit Yaman itu kini sedang terbang melalui lautan Hindi itu kini semakin menghampiri Asia Tenggara.


Berdoa lah kepada Yang Maha Pencipta semoga Cahaya itu akan melintasi langit Malaysia dan menerangi bumi bertuah ini tepat pada tarikh 9 Julai nanti! Takbirrr!!!!!!!!!

1 ulasan:

anak perantau berkata...

boleh saya tau......apa yg ada pada 9 Julai???
PRU13 ke?...