Selasa, 7 Jun 2011

MAT SABU adalah mimpi ngeri buat Gerombolan United Malays National Organisation

Sejurus selepas Abang Mat Sabu di umumkan sebagai Timbalan Presiden PAS dengan Undian yang telah menewaskan dua calon Ulama yang mana salah satu telah di"kempen"kan oleh Utusan Melalok, kelihatan Ibu Pejabat yang berlokasi di PWTC berada dalam keadaan kecoh dan kalut.


Kelihatan juga semua jeneral - jeneral gerombolan seolah - olah mati akal.Segala Perasaan gelisah,kecewa ,hampa dan putus harapan bercampur baur kerana selama ini bagi meeka golongan Ulama adalah orang yang paling mudah untuk di"pujuk" untuk menanda tangani projek setan macam projek "UG" namun majoriti ahli PAS bertindak cukup bijak dengan mengalihkan undi mereka kepada seorang Revolusioner Islam seperti Abang Mat Sabu.

Ini kerana tiada apa lagi perbincangan atau rundingan berhubung tentang apa sahaja yang yang berkait dengan perkataan "perpaduan dengan gerombolan United Malays National Organisation" ini kerana seorang Revolusioner Islam seperti abang Mat Sabu takkan bertolak - ansur dengan segala perjanjian setan untuk merencanakan projek - projek iblis seperti "UG".



Namun pada tarikh 5 Jun 2011 selepas beberapa saat di umumkan pertabalan Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS,Akhbar Cabuk milik gerombolan iaitu Utusan Melalok yang sebelum ini begitu hebat berkempen untuk Nasharuddin Mat Isa lantas memberika beribu - ribu nasihat keislaman berhubung pemilihan PAS tiba - tiba sahaja melemparkan beribu - ribu cercaan barbau kehampaan terhadap PAS.

Utusan Melalok kononnya menunduh PAS sudah tidak perjuangkan islam,tiada kepimpinan Ulama,terjerumus kedalam pakatan ahzab dan paling lawak sekali ialah gerombolan melemparkan tuduhan bahawa Abang Mat Sabu tidak mencerminkan imej seorang ahli PAS sedangkan selama ini Abang Mat Sabu memperoleh sokongan dari golongan proletarian atau ahli akar umbi dalam PAS.

LSS juga terkejut apabila Ular Tedung Selar dan Ular Senduk yang LSS simpan dalam balang kaca semalam boleh sepakat dengan tikus belanda dan kucing siam untuk tergelak pecah - pecah perut apabila terbaca satu artikel yang tertulis pada akhbar Utusan Melalok yang di jadikan pembungkus nasi lemak yang telah LSS buang setelah menikmatinya.

Artikel menyatakan bahawa yang ahli - ahli PAS akan mempersoalkan kepimpinan baru PAS yang telah di pilih dan baru dilantik.Maaf LSS tak sempat membaca kerana artikel telah di curi oleh seekor lipan bara yang cukup berbisa dengan alasan dia mahu menyimpan nya sebagai koleksi lawak paling kelakar di atas muka bumi ini.
Secara logik kalau kita terfikir bagaimana ahli - ahli PAS boleh menolak kempimpinan baru ini sedangkan calon Timbalan Presiden yang menang pun adalah datang dari pilihan ahli akar umbi parti itu sendiri.Kerana sebab ini Ular Tedung Selar yang tak dapat mengawal gelaknya sampai menyembur - nyembur bisanya menyimbah balang kaca tersebut.
Nasib baik LSS simpan dalam balang kaca kalau tidak tentu kesemua mahkluk allah terebut pasti akan memaksa agar LSS "Joint Venture"untuk tergelak bersama - sama mereka, jika tidak pasti mereka akan mengugut akan mematuk dan menyengat LSS.Lebih - lebih lagi mereka pasti akan memaksa LSS memaksa LSS supaya turut ketawa dengan artikel yang bertajuk "Barisan Kepimpinan PAS Pro ANWARINAS"
Apa menatangnya ANWARINAS ini? kalau AWARENES atau awe kelate nak kawin dengan Nurse tu LSS tahulah, termasuk bekas pengacara wanita hari ini yang sudah "divorce" dengan Sultan Brunei tu pun LSS kenal.Tapi kalau ANWARINAS, sumpah! jangan tanya LSS malah Langsuir dan Hantu Raya lebuh raya Karak yang selalu melintas kat belakang rumah LSS tu pun tak kenal.


Pasal kalau ANWARISME tu kita tahulah pasal dah biasa dengar,tapi apa boleh buat semua berita dan perkataan tu muncul sebaik sahaja abang mat sabu di pilih sebagai pemimpin tertinggi PAS sekaligus menerbitkan rasa kekecewaan di hati pemimpin - pemimpin gerombolan kerana pertabalan Abang Mat Sabu menandakan musnahnya Impian "UG".


Kerana itu pemimpin gerombolan pun tahu kalau sebelum ini jika mereka ke ibupejabat PAS sudah pastinya mereka akan di sambut dengan sirih junjung dan tepak sirih. Tapi kali ini tidak kerana sudah pastinya kalau mereka datang lagi sudah pasti abang Mat Sabu akan sambut mereka dengan AK47 dan Pelancar Roket.
Seluruh laporan - laporan berita pada tanggal 5 dan 6 Jun menunjukkan rasa hampa dan kekecewaan jeneral - jeneral gerombolan United Malays National Organisation atas pertabalan abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS kerana abang Mat Sabu awal - awal lagi sudah meronyok semua "proposal - prosal UG" dan di campak kedalam tong sampah berdekatan dengan Menara MBSA.

Kerana itu selepas ini tiada lagi kata - kata manis buat gerombolan kerana bukan sahaja Najib,Muhyiddin,Noh Omar,Hishamuddin "lidah kontot" mengenali Abang Mat Sabu malah ulat gonggok yang anak saudara yang bela dalam bekas udaranya juga turut kenal rapat siapa abang Mat Sabu.

Impian gerombolan di dalam dan di luar Pakatan untuk melihat PAS mengekalkan Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS hancur sama sekali bersama angan - angan projek - projek UG,tiba - tiba mucul abang Mat Sabu pemimpin pilihan golongan proletarian dan akar umbi PAS menjadi mimpi ngeri buat gerombolan United Malays National Organisation dan cukup untuk membuatkan gerombolan "frust" Menonggeng.

Tiada ulasan: