Isnin, 6 Jun 2011

KEMENANGAN MAT SABU BUAT GEROMBOLAN SAKIT KEPALA !

Ahli akan persoal kepimpinan baru Pas-Utusan Melalok


MARAN 5 Jun - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya ahli Pas akan mempersoalkan kepimpinan baru parti itu kerana perjuangan mereka terhadap negara Islam kini semakin kabur.


Menurutnya, ahli Pas akan mempersoalkan hala tuju parti itu dalam memperjuangkan Islam selepas kepimpinan ulama dipinggirkan oleh kepimpinan baru yang dipilih semalam.


"Sebelum ini perjuangan mereka konsisten dan selari dengan asas penubuhannya, tetapi kini sudah berubah kerana tidak ada lagi pertimbangan untuk agenda lebih besar iaitu pembinaan negara bangsa, agama dan tanah air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Maran di sini hari ini.


Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Mohd. Tan Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.


Hishammuddin berkata, jika dilihat cara berpolitik barisan pemimpin baru itu, mereka lebih cenderung melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin UMNO malah ada segelintir daripada mereka pernah mengadakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.


Bagaimanapun, katanya, siapa sahaja yang diletakkan sebagai pemimpin, akhirnya rakyat akan menilai parti dan bukan kepada pemimpin tertentu.


Mengenai ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyerang UMNO dan Barisan Nasional (BN) semalam, Hishammuddin berkata, UMNO tidak akan mengikut rentak mereka.


Tambahnya, para pemimpin dan ahli UMNO perlu yakin dengan cara kepimpinan sekarang kerana banyak perubahan telah dilakukan parti itu.


Katanya, pelbagai perubahan dilakukan oleh kerajaan termasuk UMNO sendiri apabila melakukan Program Transformasi Politik (PTP) yang lebih inklusif dan mengukuhkan parti itu pada masa akan datang.





LSS: Semenjak abang Mat Sabu naik jadi imbalan Presiden PAS apesal Gerombolan United Malays National Organisation sentiasa keluh kesah.Semua nya serba tak kena,takut buan main dekat abang mat sabu.


Lebih - lebih Mat sauh lidah kontot! tak pernah - pernahnya cakap pasal ahli PAS tiba - Tiba je hari ni agak berdesing! itu pasal kalau Abang Mat Sabu naik,kalau Nasharuddin Mat Isa naik maunya memuji sakan, maklumlah Al-perpaduan pergi mampos!


Mat Sauh tak tau ke kalau ahli PAS jumpa mat sauh bukan sahaja lidah bahkan keris pun akan semakin kontot! silap - silap gaya kena rebus mat sauh hidup - hidup dek ahli PAS.Sedangkan Abdul Azeez hitam legam lagikan kena peninju inikan pulak Hisham lidah kontot!


Hadoi! berdentum satu dunia bila Abang Mat sabu naik jadi Timbalan Presiden,gerombolan United Malays National Organisation tak senang duduk.Hari - hari dok telan panadol pikir macam mana nak kalah abang Mat Sabu!



kah...kah....kah....kah....kah....kah...kah

Tiada ulasan: