Isnin, 12 September 2011

BANGANG PUNYA PASAL TU SEBAB MASUK ASKAR!



Komunis masih ‘hidup’: PBTM-Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) mengakui ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk menghidupkan semula ideologi komunis.


Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, daripada maklumat yang diperolehnya mendapati risalah-risalah berkenaan diedarkan di tadika, sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi di di sekitar ibu negara.

Menurutnya, pihaknya mendapati pelajar sekolah seawal tahun satu telah mengetahui nama pengasas komunis dari China.


“Malah di sekolah berkenaan terdapat pendidik yang menjadi ‘tali ba-rut’ dan menyebarnya kepada anak murid mereka sejak setahun lalu.

“Ini menunjukkan guru dan pengetua sekolah berkenaan menjadi pendokong komunis moden, selain gambar-gambar pemimpin berkenaan ditampal dalam setiap bilik darjah.

“Apa yang dikesalkan mereka turut memburuk-burukkan kerajaan memerintah,” katanya.

Beliau berkata, fahaman komunis diajar dalam bahasa Melayu di sekolah aliran tertentu, bagi mempermudah pemahaman murid dari pelbagai bangsa.

Menurutnya, kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak mengharapkan bekas-bekas tentera terus berjuang terhadap mereka yang cuba menggugat keamanan negara.

Menurutnya, difahamkan di pusat pengajian tinggi, fahaman berkenaan memperincikan konsep sama rata dan beberapa bekas pemimpin komunis berbangsa Melayu dipergunakan untuk menarik sokongan penuntut Melayu.

“Mereka ingin melihat reaksi dan sambutan penuntut dalam perkara ini sama ada berdiam diri mahupun memberi sokongan atau sebaliknya.

“Ini menunjukkan komunis moden tidak lagi berperang di dalam hutan sebaliknya melalui mata pen serta media baru seperti Internet,” katanya.



Macam ni la Orang Bangang! suruh sekolah pandai - pandai tak nak? lari.....lepas tu bila tak pass periksa terus masuk askar,tu pasal la bangang! woi mangkok,kalau kau sempat masok Universiti rasanya kau tak bangang macam ni ngok! Komunis tu bukan pemikiran politik atau cara hidup, Komunis tu adalah sistem Ekonomi Bodoh!

Tak perasan ke apa yang Tun Razak ciplak dari Lenin suatu masa dulu? Dari Bahasa Inggerisnya di beri nama NEP kepada Bahasa Melayu di namakan sebagai DEB.Lepas tu mengaku pulak diorang yang Ideakan DEB, woittt!!! pergi masuk sekolah balik, aku boleh bagi kau biasiswa ngok!!!!

1 ulasan:

Batu Pelangi berkata...

Presiden PBTM ini sepatutnya membantu
bekasx tentera yang susah memandangkan kos ekonomi yang semakin
tinggi.Jangan dok merapu.Tak pasalx
dah dicop bangang.Mana tanah yang
diperuntukkan kepada bekasx tentera
yang bersara??Soalan ini hang kena
utamakan kerana ini adalah janji
kerajaan.Bangang punya Presiden!!