-
Khamis, 8 September 2011
Dasar Ekonomi Baru adalah Idea Lenin di USSR bukan Tun Razak!
Kalau anda bertanya kepada lebai Google tentang siapakah yang meng'Idea'kan Dasar Ekonomi Baru sudah pasti anda akan menemui nama Pemerintah Republik Komunis soviet Union dahulu.api persoalannya macam mana Tun Razak boleh tiru Idea ni? Kata negara ni bukan negara omunis tapi kenapa tiru sistem ekonomi Komunis?
NAMA YANG SAMA DENGAN DASAR GUBAHAN VLADIMIR LENIN
Dari mula DEB diperkenalkan pihak barat telah memandang serong terhadap dasar ini lebih-lebih lagi kerana namanya ( New Economic Policy) telah mula diperkenalkan oleh Lenin sebagai dasar yang mengganti dasar komunis di USSR. Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Lenin ini merupakan satu pengakuan olehnya atas kegagalan dasar komunis dimana seluruh kegiatan ekonomi dikawal oleh negara. Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Lenin ialah 'State Capitalism'. Dasar ini diamalkan di Singapura dengan adanya syarikat Temasek yang dimiliki oleh kerajaan Singapura yang menguasai segala bidang ekonomi di negara itu, dan dijadikan oleh Singapura sebagai gergasi perniagaan yang menembusi segala jenis kegiatan ekonomi di rantau Asis dan di seluruh dunia.
STATE CAPITALISM DI SINGAPURA TIDAK DIKECAM
Walaupun kerajaan Singapura kononnya berfahaman sosialis, dan mengamalkan sistem 'State Capitalism', tetapi kerana negaranya kecil, mempunyai rakyat yang majoritinya dari satu kaum, dasar ekonominya tidak disebut atau diberinama Dasar Ekonomi Baru, dan parti pembangkangnya agak tertekan dan tidak mendapat tempat dalam negara, maka tidak ramailah dari kalangan rakyatnya sendiri yang mampu mengkritik dasarnya, di serata dunia, sehingga dasarnya dipandang serong oleh barat.
MALAYSIA DIKECAM
Sebaliknya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan di Malaysia dipandang kiri oleh pihak barat apatahlagi apabila ada di antara ahli-ahli UMNO kemudiannya ditahan di bawah ISA atas tuduhan menjadi komunis.
Selain dari kelompok yang sememangnya akan menentang apa saja yang boleh membantu kaum Bumiputera dalam negara ini, walaupun secara hakiki, pelaksanaan DEB ini pula telah menarik berbagai kritik kerana adanya pihak Bumiputera yang didakwa menerima keuntungan yang dianggap agak berlebihan, adanya pihak yang didakwa tidak layak tetapi turut menerima habuan dan terdapat juga dakwaan adanya penyelewengan dan rasuah dalam pelaksanaan.
(Dipetik dari blog sanusi junid)
Di Laporkan oleh
LeeSlimShady
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan