Ahad, 27 November 2011

PKR Masih Kabur Arah


Lebih 12 tahun dulu seorang remaja berumur 17 tahun bersama rakan - rakan sekolah yang berdiri dalam jarak 200 meter di tempat letak kereta dengan khusyuk mengikuti pidato Anwar yang baru di pecat di masjid negara.Dalam keadaan ketakutan yang memerhatikan begitu ramai sekali polis dan pasukan PGA.

Kali ini Sekali lagi aktivis, simpatisan, penyokong, ahli parti dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat telah berkumpul untuk berkongres.ketika artikel ini di tulis saya bersama rakan - rakan seperjuangan berhimpun di KLCC membantah penggubalan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman.

Kali ini saya difahamkam rakan - rakan dari DAP yang turut bersama dalam perhimpunan tersebut tentang ucapan rasis ketua Angkatan Muda Keadilan yang di sulami dengan keangkuhan dan kesombongan.Saya tersenyum seketika kerana saya percaya masa untuk PKR berdepan dengan ujian "menjunam" sudah tiba.

Sehinggalah memori ingatan saya melayang kembali pada ketika Parti Keadilan Nasional (PKN) ditubuhkan di Hotel Renaisance Kuala Lumpur pada tahun 1999. Pelancaran PKN ini berlangsung di sebuah hotel yang agak mewah dan mahal.Terkebil - kebil saya memerhatikan "pemuka - pemuka" reformis yang berlagak seolah - olah Anwar akan bebas dalam masa yang terdekat.

Kini saat - saat getir itu telah berlalu sebagai kenangan manis dalam ranjau perjuangan ke arah perubahan.

Biarpun pada ketika itu ada juak juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya.Saya pada ketika itu pun langsung tak tahu dengan kewujudan ‘polong-polong’ peliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan ‘darah saham’ dan ‘pink form’.

Perlu juga saya ceriterakan di sini bahawa Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalanraya sebagai wadah politik.Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu : mem"bangang"kan orang Melayu seperti kami selama 50 tahun.

Saya pun kurang ingat bila Mangkuk ayun mangkuk ayun ni muncul,mungkin sesudah tertubuhnya Parti Keadilan. Fakta sejarah ini tidak penting.,apa yang penting ialah ramai juak - juak anwar terpaksa menerima wadah jalan raya sebagai perjuangan sebenar rakyat.

Kami sedar ada beberapa ekor juak - juak Anwar Ibrahim yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya.Tetapi kerana ombak jalan raya bagitu besar maka mereka terpaksa membuat ‘wayang’ berlakon di hadapan kami.

Juak-juak Anwar ini sedar dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan juak juak ini bukan hendak menumpaskan United Malays National Organistion.

Kerana sebab itulah mereka selalu ‘memberatkan’ dan 'menyusahkan'Gerakan Reformasi. Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim dinobatklan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam congak politik mereka apabila Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali lagi berkenduri kendara dan mengumpul ‘pink form’ dan mengumpul harta kekayaan.

Harus dinyatakan jelas disini,Gerakan Reformasi tidak peduli sama ada Anwar Ibrahim jadi PM atau mangkuk ayun mana pun yang menjadi PM. Yang penting Mahafiraun di terajang dan United Malays National Organisation dihumbankan ke dalam tong sampah sejaraAkhirnya setelah sepuluh tahun lamanya maka sebahagian hasil Reformasi telah kita tuai pada 8 March 2008 dahulu.

Inilah contoh yang dinamakan perjuangan berjangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh tahun. Ini kerja politik yang ulit dan bertahan lama. Turun ke jalan raya itu ialah untuk membajak dan menyemai benih kebencian terhadap kuasa politik United Malays National Organisation.


Tapi hari ini setelah baru 5 negeri kita pegang maka "polong - polong" yang perjuangan reformasinya hanya untuk "pink form" kini muncul semula dalam kongres PKR di johor ini.Bayangkanlah betapa terkejutnya ketua - ketua pemuda dari parti - parti lain dalam pakatan rakyat apabila muncul kenyataan rasis dari ketua AMK ini.


Bagi saya kalau beberapa tahun dahulu saya pasti kenyataan ini takkan wujud kerana saya masih ingat lagi Ketika Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PKN bercantum pada tahun 2002,satu upacara telah di adakan di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur. Ketika itu saya datang menebeng dan melihat dari jauh.

Saya perhatikan dewan besar tidak penuh - banyak kerusi kosong. Lelaki berperut gendut dan berbaju batik hampir pupus.Ada muka-muka baru yang saya lihat ramai - apek China memakai baju-t berkolar dan berselipar.

Ini pendatang baru, lalu saya mengambil kesimpulan bahawa si apek yang berselipar ini pastilah datang dari PRM. Yang berkopiah putih tidak bagitu ramai. Yang berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok langsung tidak kelihatan. Mak cik bertudung labuh pun tidak kelihatan. Anak muda kelihatan ramai.

Dari pemerhatian ini saya mengambil kesimpulan bahawa satu budaya baru telah muncul di dewan perhimpuan Cina ini. Malah satu sejarah terlakar kerana percantuman dua parti politik
yang berasaskan warga Melayu telah diadakan di dewan perhimpuan Cina dan dihadiri oleh ramai apek Cina dan anak muda.

Selipar Jepun dan baju-t Pagoda telah diterima untuk masuk ke persidangan.Zaman berarak dan beredar. Satu lagi kongres PKR telah diadakan, Kali ini di Ipoh,Saya juga datang menumpang untuk melihat siapa yang datang dan apa pakaian yang akan dipakai. Dalam negara kuku besi seperti Malaysia ini bukan senang sebuah parti pembangkang untuk mendapat tempat mengadakan persidangan.

Jika hotel dilamar, hotel ini akan diberi amaran. Dewan milik orang ramai yang bersepah-sepah tidak mungkin dibenarkan untuk dipakai oleh parti pembangkang. Puak gerombolan akan menindas dengan pelbagai cara untuk memastikan kuasa terus di tangan mereka. Akhirnya kongres PKR di Ipoh telah diadakah di sebuah tokong.

Nah! Ini satu sejarah lagi. Bayangkan kongress PKR diadakan di Tokong Cina. Rasa kekok orang Melayu di dalam dewan tokong Cina tidak wujud lagi. Ini satu pembudayan yang amat radikal. Kalau dahulu di dewan perhimpunan Cina - kali ini di Tokong Cina.

Kini PKR telah bergerak jauh dari hegemoni budaya gerombolan.Ketika kongres di tokong ini berjalan saya perhatikan lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang tidak seramai di Hotel Renaisance dahulu.

Ramai yang datang berpakaian agak lekeh dan sempoi. Untuk saya ini satu petanda yang amat membanggakan. Selipar dan baju-T pagoda sekali lagi menjadi trend di Ipoh.Saya perhatikan yang datang ke tokong itu terdiri dari mak cik dan pak cik yang datang dengan bas dari Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Memang dari wilayah yang jauh mereka datang. Mungkin kerana berita telah tersebar Anwar Ibrahim yang telah bebas akan datang ke kongres di Ipoh.








Kali ini kongres di Johor ini telah memperlihatkan satu lagi fenomena baru. Fenomena yang saya maksudkan ini ialah fenomena ‘ganjil’ anak - anak muda. Kalau di zaman Reformasi dahulu cita-cita dan akidah perjuangan anak muda ialah membuat apa sahaja usaha untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.

Kali ini dari pemerhatian saya telah muncul beberapa kumpulan anak-anak muda yang sedang menyediakan diri untuk dipilih menjadi calon pilihanraya. Saya perhatikan mereka sedang berusaha membuat apa sahaja,termasuk membodek,mengampu dan mengkelentong,asalkan dapat menjadi calon.

Tambahan pula saya sudah menjangkakan kenyataan dari ketua Angkatan Muda Keadilan itu sejak dari awal lagi.Bagaimana saya tahu,saya malas dan benci nak cerita kerana semenjak pemilihan PKR semua bercakap pasal melayu dalam AMK,lebih - lebih lagi "pemuka - pemuka" dalam AMK.


Kalau beginilah matlamat dan garis perjuangan pemuda - pemudi PKR maka bagi saya kini pejuangan menegakkan keadilan hanyalah retorik semata - mata.Dan bagi saya jika Anwar Ibrahim kembali semula ke penjara sungai buloh, ini semua bukan kerana angkara United Malays National Organisation tetapi kerana onar yang sengaja di"bikin" oleh pemuka - pemuka AMK sendiri.

Tiada ulasan: