Rabu, 7 Disember 2011

Puisi Kebebasan : Merindu Ruang




Merindu Ruang


Bolehkah kita kita bercakap
sejujur suara,
bertanya: Ke Mana Semua Unggas dan Rerama
yang damai menghuni
Taman yang indah ini?

Masihkah Merbuk berdakap
semerdu suara
menghantar khabar merdeka
dari insan waja
meluhuri azam
di ruang bebas ini?

Kita, suara tulus itu,
baris insan padu
Merindu ruang yang syahdu,
aksi juga kata,
sejernih irama
merdu di taman ini!

Berdiri kita setegap,
bergerak sederap,
meragut cengakaman kawat
cekau duri,
dan kita berdiri
Nyanyikan demokrasi!

Ada Sang perubah permainan;
Kami perubah kekuasaan.
Inilah tekad generasi Baru,
akarnya keadilan syahdu.

Bangsar Utama, A.Samad Said
3 Dis,2011

Tiada ulasan: