Khamis, 21 Mei 2009

Satu lagi Referendum menanti BN di Kuala Krai

Setelah Di Penanti "Be End" mengambil keputusan untuk jadi pengecut atas alasan Pilihanraya itu satu pembaziran,atau hanya kerana terpaksa berdepan dengan pertempuran yang hebat di dalam kawasan kubu kuat Anwar Ibrahim di DUN Penanti,kini satu lagi Referendum bakal di lakarkan di Kuala Krai apabila ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.



Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, Allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.
Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.

Berdepan satu lagi Pilihanraya kecil selain di penanti juga menunggu apakah alasan BN kali ini untuk tidak meletakkan Calon? adakah kerana bazirkan wang Rakyat? adakah kerana taktik PR yang suka menyebarkan Propaganda melalui Pilihanraya? Atau membisu tak tau siapa calon nak letak sebab Pilihanraya kecil ini juga bukan di sebabkan oleh wakil rakyat PR yang meletak jawatan...ini kerana BN pernah mengusulkan Pada SPR supaya pilihanraya hanya boleh di adakan hanya penyandang kerusi itu meninggal dunia sahaja, nah sekarang adakah alasan lagi bagi mereka untuk berdepan dengan Referendum Rakyat?

Tiada ulasan: