Sabtu, 13 Jun 2009

Akhirnya Zaid yang mana bekas menteri UMNO/BN Sertai keADILan.....pilihan yang amat tepat sekali

Datuk Zaid bakal menjadi Pahlawan PKR yang baru

Setelah lama berjuang untuk mengubah persepsi UMNO akhirnya Zaid sedar dan sependapat dengan Anwar yang mana UMNO tak boleh di ubah lagi.UMNO perlu di cantas dan hidupkan satu wadah perjuangan buat rakyat malaysia seluruhnya.Semenjak awal lagi penglibatan karier Zaid adalah pemimpin melayu yang sejati dan memperjuangankan pendirian perjuangannya sendiri.Bermula pada awalnya Zaid adalah aktivis politik yang begitu lantang memperjuangkan kebebasan dan hak kesaksamaan,bermula dengan pemecatan ketua Hakim Malaya Tun Salleh Abbas ,ketidakadilan yang berlaku dalam UMNO,penyelewengan kuasa,penggunaan kekerasan terhadap orang awam dan rasuah yang semakin menjadi - jadi....
Zaid terus berusaha dalam perjuangannya walau terpaksa mengorbankan wang ringgitnya sendiri.

akhirnya mereka bersatu dan seiring dalam menentang regim UMNO/BN


Dalam UMNO Zaid berdiri di atas kakinya sendiri tanpa bantuan sesiapa walau dia berasa kesal ada sesetengah pemimpin UMNO yang hidup atas kuasa poitik tetapi tidak Zaid.Zaid adalah seorang peguam yang berkaliber dan tak pernah meminta simpati kepada sesiapa pun di dalam UMNO walau menegakkan firma guamannya sekalipun.Beliau pernah menjadi peguambela kepada pihak kerajaan BN dalam melawan Karpal Singh di mahkamah.Beliau pernah bertanding pilihanraya dan memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada tahun 2004 dan aktif dalam AIPA (Asian Inter - Parliamentry Association) dan dilantik sebagai Senator dewan negara seterusnya Menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memegang portfolio sebagai menteri undang - undang.
Agenda dan perjuangan nya untuk melakukan perubahan dalam Undang - undang negara dengan membenarkan Akhbar dari Parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan memperoleh lesen penerbitan yang sah dan mengusahakan pembayaran ex-gratia kepada 5 hahim yang dipecat oleh "mahafiraun" termasuk Tun Salleh Abbas adalah pendirian perjuangan Zaid sendiri tanpa tunduk kepada persepsi "yes Sir" yang di amalkan oleh UMNO/BN selama 52 tahun.
Tapi kemuncak karier politiknya bersama UMNO/BN apabila undang - undang di ketepikan semata - mata untuk melunaskan kepentingan politik sendiri sehingga I.S.A yang di tentang oleh oleh Zaid sendiri telah di gunakan keatas orang awam.Ini telah mengundang kekesalan dan kekecewaan Zaid kepada UMNO/BN yang telah menghancurkan Tranformasi Undang - undang yang telah di gerakan oleh Dato' Zaid Ibrahim .Akibat oleh kekecewaan itu Zaid telah bertindak dengan meletak jawatan sebagai menteri kabinet sebagai protes terhadap penggunaan I.S.A atas kepentingan politik UMNO/BN sendiri.Selepas Itu Zaid menerima hentaman demi hentaman dari rakan - rakan dalam UMNO/BN dan ada daripadanya yang mahu Zaid meletakan jawatan Senator tapi Zaid tetap akur.Kemuncak kemarahan UMNO apabila Zaid menghadiri Kongres Nasional Parti keADILan Rakyat di Stadium Malawati Shah Alam dan daripada itu Zaid telah di pecat Dari Parti.Tetapi Zaid tak putus Asa kerana dengan penyertaan Zaid Ibrahim kedalam Parti keADILan akan menguatkan persepsi rakyat yang mana kalau bekas menteri BN sendiri dah menyertai pembangkang maka benarlah UMNO tidak relevan lagi,Satu malaysia punya alasan yang kukuh untuk menolak kepimpinan UMNO/BN selepas ini.Maka benar lah UMNO bakal menghembuskan Nafasnya yang terakhir dan tersungkur pada PRU ke-13...



Syabas Datuk Zaid....Syabas !!!! Datuk telah memilih Wadah perjuangan yang amat tepat sekali.........

Tiada ulasan: