Jumaat, 12 Jun 2009

Takkan la Tuan "si empunya Anjing" nak pukul binatang peliharaanya sendiri


SMM : Siasat Ketua Polis Negara kerana bersubahat dengan Penjenayah
lapor- persekutuan berita - berita kebangsaan

Kuala Lumpur 12 Jun- "Gerakan mahasiswa, Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini membidas keengganan kerajaan menyiasat kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air.

Pengerusi gerakan itu, Badrul Hisham Shaharin berkata kenyataan bersumpah itu sudah menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa.

“Kewujudan kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long tidak boleh ditolak begitu sahaja,” tegas Badrul.

Beliau menambah kerajaan seharusnya menggantung tugas Musa dan pegawai polis terbabit serta-merta dan mengadakan siasatan bebas, berkecuali terhadap dakwaan itu"

Semua pun dah tau dah takkan diorang nak bagi naya Musa Hasan sebab takut - takut ada lintah darat - lintah darat yang dok senang lenang dalam "istana Kerajaan" boleh "terheret" jadi lepas apa alasan diorang nak bagi pasal tak nak siasat...kita semua pun dah tahu,satu malaysia pun dah maklum sejak zaman eric chia terlepas dari tuduhan rasuah tak siapa nak heret atau nak dakwa pegawai mahupun anggota polis.Itu pun kalau diorang tak terhumban ke dalam kes yang di desak oleh pemimpin pembangkang macam kes "ketuk - ketampi 200 kali" dalam keadaan berbogel,tak pun kes altantuya yang yang dah berjaya mengheret "beberapa ekor" anjing lagi ke muka pengadilan.Sedangkan anjing - anjing kecik boleh di heret inikan pulak anjing besar macam bulldog,Atau ada rakyat dalam satu malaysia nak tanya macam mana kerajaan kita boleh lantik si penjenayah sebagai ketua keselamatan dalam negeri? jangan tanya aku atau isham rais,atau Anwar ibrahim....Tengoklah sapa pemimpin yang di lantik untuk duduk di kerusi pimpinan satu malaysia ni....hari - hari tak tahyan dok dengar hantu altantuya mengilai kat atas pokok ara dekat bagunan kerajaan kat Putrajaya Nun.Kalau dah duk kerusi tertinggi pun penjenayah,yang kat bawak apa tah lagi....ini ibarat macam "bapak kencing berdiri,anak kencing berlari" atau paling kurang pun "bapak borek ,anak rintik" semua dah nampak..jelas inilah satu malaysia.

dalam pada itu kenyataan itu turut memetik;

"Ketika membuat akuan bersumpah itu pada tahun 2007, Hong adalah seorang pegawai di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Beliau dikatakan mengesan pembabitan Musa dalam kegiatan kongsi gelap apabila diarah oleh pegawai atasan untuk mengumpul maklumat mengenai kegiatan Ah Long di Johor dan Melaka.

Menurut Hong, sindiket Ah Long berkenaan dikatakan mengguna Musa Hassan untuk melindungi mereka daripada tindakan polis.

Hong berkata Musa telah mengarahkan tindakan tata tertib diambil terhadapnya apabila beliau mula menyiasat seorang pemimpin sindiket berkenaan yang digelar Tengku.

Alasan Musa ialah Hong kononnya telah membuat rakaman risikan secara tidak sah ketika menjalankan siasatan berkenaan.

“Saya merasa tertekan kerana tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan ceti haram yang membabitkan nama Tengku, boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib,” kata Hong dalam kenyataan bersumpahnya"

aikk....ini macam dalam cerita Hong kong tu jerkk....yang betul - betul membanteras jenayah di singkirkan,tetapi yang jadi penjenayah pulak terlepas.Lepas ni macam - macam alasan la kita dengar dengar dalam tv3 suku dengan utusan melayau,ini cerita lebih kurang sama gak macam cerita pegawai BPR kedah yang perangkap Mahadzir Kahlid dengan kamera cctv pada ketika pemimpin BN itu sedang menawarkan rasuah jutaan ringgit kepada YB D.A.P untuk melompat ke Parti BN.Tapi akhir pegawai BPR terbabit di keluarkan dari kedah kerana bimbang tindakkan busuk geng - geng algojo BN ini kan di bongkar oleh BPR dan di ketahui oleh rakyat maka pegawai terbabit di singkirkan pula.

Hal yang sama ini pula terjadi kepada Pegawai - pegawai polis yang percaya dengan jenayah yang dilakukan oleh bossnya maka tindakan yang lebih kurang sama juga di kenakan sama seperti pegawai BPR terbabit.Jadi beringat lah wahai rakyat malaysia pada sesiapa yang jua yang terbaca catatan blog ini,fikirlah dengan akal yang waras dan buat pertimbangan yang sebaiknya,jikalau BN jua pilihan ada maka sama la jua anda membebaskan penjenayah yang terlepas dari dakwaan,atau melepaskan seekor anjing liar dari jenis 'Rootwieler" .

Tiada ulasan: