Ahad, 14 Jun 2009

BN Satu Malaysia Tunggang terbalik...tinggalkan UMNO sorang - sorang

Apakah Bahana nya yang melanda geng - geng yang satu Team dengan Geng - geng Al-gojo UMNO kali ini? apakah maknya di sebalik kata - kata Awang Selamat yang mungkin tak selamat mana.....kita layan je la Zzzzasssttt.......


BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT - Utusan Merapu

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah mencetuskan bantahan beberapa pihak termasuk UMNO.

Berdasarkan laporan akhbar, 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar daripada BN.

Sudah pasti MCA akan melompat dan menjadikannya isu besar. Pada Awang dan ramai lagi, pungutan suara itu adalah sebahagian daripada muslihat MCA mahu menekan UMNO. Strategi sedemikian tidak akan berkesan kerana prestasi MCA merudum teruk dan gagal mengatasi pengaruh DAP yang begitu agresif. Kalau masyarakat Cina sudah menolak MCA, untuk apa lagi memberi muka kepada parti itu?

Malah jika MCA mahu meninggalkan BN, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dengan adanya MCA sekalipun, BN belum tentu dapat memenangi hati masyarakat Cina (termasuk pada pilihan raya umum depan). Sebaliknya UMNO akan sentiasa diasak untuk banyak mengalah kononnya atas nama perubahan.

UMNO mesti bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan daripada percaturan politik parti komponen tertentu. Jika ada parti yang mahu keluar, usah ditahan. Biarkan sahaja...






Aku cukup setuju dengan awang,memang aku setuju giler punyalah kalau itu keputusan nya sebab aku teringat keluh -kesah geng -geng BN selepas Pilihanraya Umum 8 March yang lalu.Geng BN yang pertama mengugut akan keluar dari BN ialah GERAKAN kerana hilang keyakinan pada pimpinan Pak Lah setelah GERAKAN hilang kerusi dan hilang negeri kepada Parti komponen Pakatan Rakyat iaitu D.A.P,dan selepas itu sedikit demi sedikit pemimpin - pemimpin GERAKAN meninggalkan Parti dan Menyertai PKR atau pun D.A.P.

Tak lama selepas itu Geng - geng dari M.I.C terutama nya Samy vellu merasakan Barisan Nasional terlalu perkauman sehingga ramai pemimpin - pemimpin UMNO yang mula melemparkan sentimen perkauman terhadap kaum india terutamanya pemimpin UMNO seperti YB Hamidah dari Perak yang mengeluarkan kata - kata perkauman seperti "kalau jumpa ular dengan orang India,pukul orang india tu dulu,lepas tu baru pukul ular" menyebabkan pemimpin - pemimpin M.I.C terguris hati.Nampaknya kenangkuhan UMNO tak dapat lagi dibendung hinggakan hati rakan - rakan sebantal seperti M.I.C yang bersama UMNO sejak merdeka di calar tanpa ada rasa pertimbangan diri.

Tak lama selepas itu Parti Maju Sabah S.A.P.P mengambil tindakan nekad dengan membatalkan penyertaan mereka dalam Barisan Nasional walau ada bantahan dari pemimpin - pemimpin mereka sendiri.Keputusan nekad Datuk Yong Teck Lee menyelamatkan S.A.P.P dari terus karam bersama bahtera Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat secara tak rasmi walaupun Media - Media BN melaporkan bahawa S.A.P.P tak menyertai Pakatan Rakyat tetapi dengan kehadiran Yong Teck Lee pada Kongress Nasional PKR yang lepas di stadium Malawati Shah Alam menunjukkan Parti Maju Sabah bawah pimpinan Datuk Yong Teck Lee telah pun bernaung di bawah panji - panji armada Pakatan.

Beberapa bulan selepas itu Parti Progresif Penduduk atau lebih dikenali sebagai P.P.P di bawah pimpinan Datuk M.Kayveas pula dah mula "berbunyik" apabila mula mempertikaikan kerelevanan akta I.S.A dan mula mengkaji pilihan untuk keluar dari Barisan Nasional.Tapi sebelum itu UMNO menerima tamparan hebat sebelum bermula nya Pilihanraya kecil Kuala Terengganu apabila hulubalang UMNO di selangor iaitu ketua bahagian UMNO PJ selatan Kapt (B) Dato' Zahar Hasyim telah menyertai PAS kerana bertelagah dengan Dato' Seri Najib tentang isu Eurocopter.

Hari ini dan semalam pula satu lagi tamparan maut buat UMNO/BN apabila presiden MCA telah membuat undian Maya yang mana perlu atau tidak MCA keluar dari BN yang mana keputusannya 3/4 mengundi untuk keluar dari BN untuk menuruti jejak bekas menteri di jabatan Perdana Menteri iaitu Dato' Zaid Ibrahim yang mana telah menyertai Parti keADILan Rakyat Ini kerana masyarakat Cina mempunyai tanggapan negatif yang semakin menebal terhadap UMNO.

Kemasukan Zaid dalam PKR juga dilihat akan membantu meleraikan syak wasangka orang Cina terhadap Pakatan Rakyat berikutan pemilihan pucuk pimpinan PAS minggu lalu yang membariskan ramai ulamak.

Zaid dihormati sebagai pemimpin Melayu bersikap sederhana dan sentiasa menganjurkan sifat kerjasama dan toleransi antara pelbagai kaum di negara ini.

Zaid memberitahu pemberita semalam bahawa beliau berhasrat membantu memperkukuhan Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebuah kerajaan alternatif yang berupaya menggalas amanah rakyat..Bila hal - hal ini berlaku saya teringatkan tulisan Hishammudin Rais yang mengulas kemasukan Ezam kedalam UMNO yang mana hisham memberitahu garis perjuangan Ezam adalah untuk membantu Parti yang dah nak kojol macam UMNO dan tak lama lagi Geng - geng al-gojo United Malays National Oraganisation akan tegak bersendirian sebab rakan sebantal diorang macam MIC,MCA,PPP dan Gerakan akan menyertai Pakatan Rakyat.Nah buktinya semakin hampir maka disini akan tersaksi lah oleh rakyat apabila Barisan Nasional satu Malaysia dah tunggang terbalik macam kena pukul dek angin katarina.

Tiada ulasan: