Ahad, 25 Oktober 2009

Ada Baiknya di betulkan mana yang silap jangan sampai.....

bgpinangbualpala



semalam selepas lewat sampai ke Forum I.S.A di Majlis Peguam sempat pula saya menyapa Prof.Dr. Abdul Aziz Bari yang meminta ulasannya berkenaan "cuaca" yang melanda dalam kawasan rakan seperjuangan di dalam Pakatan ini iaitu PAS.Saya Cukup hormati pandangannya bukan kerana dia seorang Professor atau pemerhati politik yang profesional tetapi pandangan nya harus di teliti dari sudut logik pemikiran intelektual.Kadang kala kita tak akan merasa Pedih akan Paku tekan yang menikam di kaki,kalau begitu mana kan mampu kita merasai akan " kemuncup yang melekat di kaki Tuan guru" di dalam Perjuangan ini.


Kadangkala terfikir pula,apa perlu bersikap opportunistik? apa perlu kepentingan sendiri yang harus di kedepan kan? kadangkala saya juga terfikir akan logik pandangan rakan seperjuangan yang berfahaman Sosialis seperti Nami - o -Fish yang saya temui selepas forum di dewan Perhimpunan Cina selangor.Kiranya Kepentingan Diri di ketepikan dan Kemiskinan,Kebajikan dan Rintihan Rakyat di jadikan Musuh No.1 dalam perjuangan untuk banteras habis - habis pasti Kita tak akan melihat algojo United Monkey of Nervous Oldies sebagai musuh utama lagi kerana di kala itu sudah pasti rakyat akan teguh berdiri menjulang panji - panji kita.

Kadangkala terfikir jua mengapa kita kalah? ooohh!!!! rupanya ada yang opportunis rupanya


Kadang kala mungkin betul jua pendapat para sosialis kerana saya boleh bersetuju tetapi tak akan menyertai kerana saya bukan lah pejuang sosialis,kerana kalau di fikirkan semula apa perlu kita tegak Syariah? apa perlu kita Tegak kan Hudud,Qisas, Ijmaq sedangkan dalam pada masa yang sama rakyat hidup dalam keadaan yang daif dan tak terbela maka jika itu yang terjadi maka sama lah jua kita dengan algojo.


Jadi dalam merungkai dan menyingkirkan kemuncup itu kadang kala saya jua mahu berpesan pada para - para opportunis yang bersarang dalam Pakatan yang pada mulanya tulus nak membela rakyat, Ingatlah kami di sini, ingat lah kami yang daif ini,ingat lah kami yang merempat ini, ingatlah kami yang kadang kala ada anak yang menangis kelaparan di waktu malam,ingat lah kami yang menyokong tapi dalam pada masa yang sama melihat anak - anak kecil yang merempat di jalanan....


Kami di sini menyokong dan berjuang demi nasib anak bangsa dan negara jikalau ada dintara kamu yang dah mula nak mementingkan perut sendiri maka "tinggalkan lah pedang kamu"

"kalau tidak akan kami tuntut ini di padang Mahsyar kelak" Korang jawab lah Sandrie sebab aku malas nak cakap!


Tepuk dada Tanya Iman !

1 ulasan:

Us. Mohd Said berkata...

Ana rasa Isu Kerajaan Perpaduan hendaklah dibincangkan secara bersemuka antara Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi,Cikgu Pa, Hasan Ali. Tak patut langsung ada rasa tidak puas hati yang diluahkan secara terbuka antara 2 tok guru. Namapun tok guru, mestilah yang diluahkan berdasarkan firasat terpimpin dari Allah, bukan nafsu… Ana rasa tak patut langsung Pimpinan PAS pusat khususnya menjadi bengkeng(pemarah) dan takkan tak ada perjumpaan sebulan sekali yang wajib bagi pihak pimpinan PAs pusat.
Ana cadangkan Usrah Pimpinan Pusat perlu diwujudkan bagi merapatkan talisilaturahim antara pimpinan.
Zaman dah maju, ambil no tel. dan telefon. Saya dah mula merasakan Blog dah menjadi senjata makan tuan. Lebih merosakkan dari memberi kebaikan.
Ingatlah bila berfikir sendirian, syaitan akan berperanan.Bagi ana dua2 tak salah.
Ana rasa tak perlu mesyuarat luarbiasa, yang perlu sabar luarbiasa.
Bagilah peluang semua orang bercakap, jika ada kerajaan perpaduan Presidenpun kena minta mandat pada ahli.So….nak kalut apa…. Kalau buat sungguh kerajaan perpaduan ana yakin akan dimaklumkan pada ahli.
Ana rasa tahun nie Allah turunkan wabak EGM kot, sampai PAS pun nak kena jugak tak kecuali..
Bagi ana biarlah beberapa orang buat kenyataan ikut sedap mulut, lepas nie kita pangkahlah pimpinan yang ikut sedap kita pulak.sabar……
Ana doakan dua2 tok guru sihat dan tak jatuh sakit akibat daripada banyak berpikir. InsyaAllah PAS tetap teguh. Kami anak2 PAS anggap dua2 macam Ayah dan Bonda, dua2 kami sayang, dua2 kami hormat. Tapi Ayah dan Bonda takkan kalau nak gaduh depan anak2. Betul jugak kata arwah ayah takkan dalam keluarga takdak bergaduh, tapi kita adik beradik yang lain tak patut jadi batu api, patutnya kita jadi pendamai.Tak patut masuk campur kalau tidak akan jadi lagi kecoh. Alih2 dok tahun depan dapat adik baru lagi. InsyaAllah, Amin.