Isnin, 23 November 2009

Rayu ke Mahkamah Rayuan : United MuNkeE makin gelabah




Barua UMNO ,SPR akan buat rayuan ke Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Tinggi tolak rayuan penangguhan keputusan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Barua United

MuNkeE iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

Suruhanjaya itu bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Isnin lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya dalam penghakimannya.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata hakim itu lagi ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Speaker DUN itu memfailkan semakan berkenaan pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Barua United MuNkeE akan berusaha secara gila - babi supaya PRK tersebut dapat di halang atau di tangguhkan sehingga tahun depan,macam lah rakyat 1 malaysia ni bangang sangat tak tau yang mana mengikut undang - undang tiada lagi pilihanraya di benarkan dalam 2 penggal penghabisan dalam sesuatu pemerintahan.

Jadi pada barua - barua tak payah lah nak bodohkan rakyat 1 malaysia ni,takde pekdahnya ngok!!!



1 ulasan:

aku tetap aku berkata...

pelik betul aku.... klu pakatan rakyat menang x de la ko nak pertikai kan malah memuji spr..???? tapi klu bn memang ko tuduh la spr tu barua bn.... lu aper cita..!!! tolong la jgn nak buat fitnah x tentu hala... pikir diri sendiri dulu