Selasa, 9 Februari 2010

saiful buat laporan polis takut kena culik

Saiful yang suka membuat kenyataan sensasi tidak ketinggalan mencuri lensa media dan dunia! | sumber: pinkturtle2.wordpress.com

dikemaskini 3.24 petang | DALAM perkembangan yang lain, saksi utama kes liwat Saiful Bukhari Azlan dilaporkan membuat suatu laporan Polis di Balai Polis Sentul pada sekitar jam 12.00 tengahari tadi.

Dalam laporan tersebut, beliau mendakwa suatu pihak tertentu cuba menculiknya dari menghadapi perhujahan balas esok di Mahkamah yang dijangka oleh Peguambela Karpal Singh.

Di kalangan penyokong-penyokong Saiful, ramai yang mendakwa bahawa cubaan menculik itu dilakukan oleh penyokong-penyokong Anwar dan Reformasi supaya perbicaraan esok boleh terus ditangguhkan seperti yang diniatkan Anwar sebelum ini.

Pun begitu, mereka yang menyebelahi Anwar pula mendakwa bahawa motif Saiful membuat aduan tersebut sebagai ’silap mata’ awal untuk tidak hadir ke Mahkamah bagi menghadapi perhujahan balas daripada Karpal Singh esok.

Saiful yang sebelum ini memberi keterangan yang sensasi seperti Anwar menggunakan losyen pelincir KY Jelly, sewaktu meliwatnya di Mahkamah dijadikan sandaran bahawa beliau sanggup berbuat lebih dari itu di luar Mahkamah. -END

Tiada ulasan: