Sabtu, 19 Februari 2011

Tindakan Khalid Ibrahim menjerat Pakatan dalam Permainan UMNO

Dalam kenyataan Khalid Ibrahim yang mendakwa masih ada peluang untuk mengisytiharkan DUN Pelabuhan Kelang masih kosong adalah tepat dan bagi LSS itu bukan sekadar tindakan tetapi lebih dari sekadar keputusan yang tepat.

Tetapi apa yang pertikaikan disini mengapa Tan Sri Khalid mengambil keputusan untuk lawan ks itu di mahkamah kerana di sini cukup jelas LSS nyatakan tindakan MB selangor ini telah terjerat dengan permainan gerombolan United Malays National Organisation.

Birapun kita lihat tindakan bodoh orang gila pelabuhan klang membawa membawa kes ini ke mahkamah ternyata telah melanggar perlembagaan persekutuan Malaysia dan tindakan Kahlid untuk lawan kes itu di mahkamah juga melanggar perlembagaan.

Jelas sekali telah kita ketahui bahawa mana -mana mahkamah dalam malaysia ini tak kira mahkamah sesyen,mahkamah tinggi,atau mahkamah tidak boleh membicarakan kes ini.Ini kerana Perlembagaan Persekutuan melalui Artikel 72(1) secara jelas menegah mana - mana mahkamah untuk mempersoalkan tindakan Dewan undangan Negeri.

Dalam Artikel 72(1) menyebut;

"Maka Sahnya mana - mana perjalanan atau tindakan yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri itu hingga tidak boleh di persoalkan dalam mana - mana makhamah sekalipun"

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah melarang mana - mana Mahkamah untuk mempersoalkan atau membicara tentang tindakan yang berlaku dalam Dwan Undangan Negeri.






Sudah di ingatkan berkali -kali pada semua pemimpin pakatan,kalau gerombolan ajak main bola kenapa kita mesti main bola??

kalau gerombolan ajak main konda - kondi mengapa kita mesti main konda - kondi???

Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Kim adalah tepat dan tak perlu di pertikaikan dan jika di pertikaikan maka ianya bukan sahaja melanggar perlembagaan malah melanggar Doktrin pengasingan Kuasa yang di amalkan selama ini (A.I.D).

Sepatutnya Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim harus mengabaikan tindakan orang gila pelabuhan klang yang memfailkan kes itu di mahkamah dan terus menggantung orang gila pelabuhan klang dari kerusi DUN nya.

Dan seharusnya Speaker dan Menteri Besar juga perlu buat "tak peduli" jika mahkamah membuat tindakan untuk menyebut dan membicarakan kes itu.

Andai kata mahkamah mengeluarkan perintah untuk mendakwa Kerajaan negeri atau Dewan Undangan Negeri maka secara automatik Mahkamah telahpun secara rasmi melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tindakan mahkamah boleh di pertikaikan di bawah artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Speaker tak perlu hantar peguam,tak perlu lawan di mahkamah kerana ini semua adalah permainan gerombolan untuk menjerat Pakatan dalam perangkap mereka,apa yang pelu di lakukan oleh speaker ialah terus jalan tugas dengan tegas dan abaikan tindakan mereka yang mengheret mahkamah.

Kerana jelas sekali tindakan speaker di lindungi oleh perlembagaan! buat apa nak takut,ini semua alah perencanaan gerombolan yang mahu menjerat Pakatan Rakyat sama seperti Menjerat Pakatan Rakyat Perak dalam taktik kotor mereka.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau bior aje,pleabuhan klang xde wakil le jawabye...