Sabtu, 12 Mac 2011

Ini makna PRU-13 dah Dekat!

MCA lulus usul tangguh pemilihan hadapi PRU13-Minsider

KUALA LUMPUR, 13 Mac — MCA, komponen Barisan Nasional (BN), sebulat suara memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan bulan ini.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pagi ini.

Keputusan meminda perlembagaan itu, yang dibuat dengan mengangkat tangan, juga membolehkan parti tersebut mengelakkan kemungkinan perpecahan dalam parti jika persaingan sengit disaksikan.

Penangguhan pemilihan dibuat di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini.

Seramai 1,827 daripada 1,844 perwakilan menghadiri EGM yang berlangsung di Wisma MCA, bersetuju untuk meminda Perkara 167 perlembagaan parti.


LSS: Walau macam manapun Isteri Rosmah cuba nak auta atau nak berdalih Tembelang PRU-13 hampir kepada jawapannya,yang pasti walau apa pun Mat Monggol nak kata PRU-13 tetap di adakan dalam waktu yang terdekat atau serentak dengan Pilihanraya negeri Sarawak!

Tiada ulasan: