Difahamkan esok 12hb Mac, satu perhimpunan melayu akan dianjurkan oleh UMNO Pulau Pinang di bangunan KOMTAR.
Sememangnya kita tidak peduli walau apapun perhimpunan yang mahu mereka adakan, asalkan ianya adalah satu perhimpunan yang aman. Hak untuk demonstrasi dan hak untuk berpiket adalah halal untuk mana-mana parti tidak kira samada dari Pakatan Rakyat atau BN ataupun Perkasa. Tetapi pokoknya adalah perhimpunan aman.
Kumpullah 100 ribu umat kalau mampu, kalau tak mampu buatlah macam UMNO biasa kumpul orang iaitu sekitar 50-100 orang dan kemudian dilaporkan dalam utusan bahawa ribuan ribuan yang hadir. Pokoknya tetap sama walaupun berbeza buahnya - perhimpunan aman.
Tetapi, demi untuk menghimpun jumlah yang lebih ramai orang, UMNO sanggup menyebarkan sms berbaur perkauman yang secara terang menabur fitnah kebencian yang amat serius!
Saya sertakan nombor handphone yang terlibat dalam menyebarkan sms fitnah perkauman ini. Ada 2 nombor seperti yang tertulis di bawah;
0142585944
0196791017
0196791017
Sila siasat siapakah empunya nombor yang tertera di atas kerana sekarang ini semua nombor sepatutnya sudah didaftar dan boleh dikesan siapakah pemiliknya.
Di bawah adalah sms yang rakan saya dari Pulau Pinang terima petang tadi. Sila lihat permainan sentimen perkauman yang dilontar demi meraih sokongan yang membawa rebah;
Dgn nama allah yg brsifat kasih dn syg dn dhari jumaat nei mari lah kita sekelian umat islam brsama brmohon kpd allah dbri kita akan kekuatan utk kita me(...)dgn nama allah jua saya mohon kpd sekelian umat melayu islam utk sama sama hadir dlm perhimpunan secara aman bg menbantah tindakan lim guan eng yg tlh dgn berani dan angkuhnya menghina umat melayu dlm laman blog menyata melayu pendatang dan asal dri keturunan sakai perangai macam monyet. Melayu dhina is lam dpersenda. Hdr la seramai blh pd 12.3.11 jam 2.30 ptg tmpat komtar hadirlah dgn jiwa melayu yg brpaksikan iman islam tlg sebarkan TQ
Cuba saudara semua fikir dengan akal, di manakah rasionalnya YAB Guan Eng mengungkap kata-kata sedemikian? Malahan Guan Eng sendiri banyak mengusulkan bantuan kepada dunia Islam di Negeri Pulau Pinang.
Cubaan jahat puak-puak tidak bertanggungjawab ini pastinya tidak mendapat sambutan kerana saya percaya orang-orang melayu di Pulau Pinang tidak mudah disogok provokasi murahan. Hanya melayu bangkrap moraliti dan jiwanya mudah dijual beli sahaja yang akan melayani sentimen perkauman yang dimainkan.
InsyaAllah jika tiada aral melintang, esok saya juga akan memantau perkembangan perhimpunan anjuran UMNO ini yang dijangka ada cubaan mencetus huru-hara perkauman.
Kebetulan ada program anak muda di P.Pinang pada 12 dan 13 Mac, sekarang ini berada di sekitar Jertih dan dalam perjalanan menuju ke Bukit Mertajam menempuhi laluan Jajahan Jeli.
Harap maklum, jika beginilah caranya mereka ingin merampas Pulau Pinang dari kepimpinan Guan Eng, saya yakin kerajaan Pulau Pinang akan tetap kekal milik Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan