kami masuk parti ini tanpa pengaruh sesiapa,,! pakai duit kami sendiri untuk bayar yuran,,! kami nmpak ketika tu Pak Syeikh ditindas lalu kami bangkit membela,,! kami turun demo,,! kami lawan pemerintah,,! kami rempuh polis,,! kami kene buang keje,,! kami diugut,,! tapi kami lawan jugak,,!
semangat bertambah pabila kalimat keramat pemimpin ulung buat kami pejuang, "LAWAN TETAP LAWAN..!" menerpa dlm sanubari kami,,! "MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH..!" mnjadi pemangkin gerakkan rakyat dan anak2 muda,,! hanya dari tirai besi yg berpalang palang itu sosok pak Syeikh mengubah semangat dan minda rakyat dalam mmbentuk keadilan buat semua,,!
kini perjalanan zaman terus berlalu dan si Pak Syeikh itu telah lolos dari tirai besi dek kerana kebangkitan rakyat menekan si regim,,!
dia maju dengan gagahnya,,! dia menerobos setiap inci dan sudut ruang itu,,!
dia mnjadi mimpi ngeri siang dan malam buat si pemerintah dan anak - Anak regim,,!
dihormati dan disanjung kawan dan lawan,,! kami gembira gegak gempita,,! 5 negeri dikuasai kami,,! alhamdulillah Ya Allah,,! sekali pintas kami terus meyakini kenapa Allah hantar insan seperti Pak Syeikh,,!
kini anak - anak Pak Syeikh telah menguasai ilmu dari Pak Syeikh seperti, BERANI LAWAN JIKA BENAR,,! SEKALI MELANGKAH TIDAK LAGI MENOLEH,,! MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH,,! ALANG2 MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN,,! JIKA TAKUT DGN RISIKO USAH BICARA SOAL PERJUANGAN,,! DAN LAWAN TTP LAWAN,,!
tetiba, kami nampak penipuan berlaku,,! kami saksikan penyelewengan menjelma,,! kami rasai pengkhianatan itu terlaksana,,!
kami bangkit dan kami tegur,,! kami lawan dan terus lawan,,! kami tdk lagi pandang kebelakang utk menyatakan kebenaran,,! kami yakin dgn ilmu Pak Syeikh itu bisa merobah keadaan,,!
tapi malangnya, kami disambut dgn celaaan,,! kami dihambur dgn pendustaan,,! kami diherdik sebagai petualang,,! kami difitnah selaku pejuang jalanan,,! dan yg akhirnya kami disuruh pulang dan keluar dari rumah yg kami bina sendiri tiang asasnya sehingga hiasan ruangnya,,! KAMI DIGELAR PENGKHIANAT,,! KAMI DILABEL PEROSAK PARTI,,! KAMI TROJAN HORSE,,???!
dan yang paling akhirnya juga menyayat hati pabila Pak Syeikh sendiri menyatakan agar KELUAR DARI RUMAH INI JIKA TIDAK BOLEH BERSAMA DENGANNYA DAN ORANG KANANNYA,,! astagfirullah,,! istighfar Pak Syeikh,,! istighfar,,!
hanya satu yg kami nk sampaikan pada Pak Syeikh.." KAMI AKAN LAWAN TETAP LAWAN,,!!!" kalau bukan dalam rumah, mungkin di luar rumah,,!
SELAMAT BERBAHAGIA PAK SYEIKH
respon kepada:
Anwar beri kata dua pada pemimpin PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.
"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.
Anwar yang juga ketua umum PKR menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang malam tadi.
Katanya, ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.
"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno," katanya.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata ketua cabang dan wakil rakyat PKR hendaklah sentiasa mematuhi dasar-dasar parti.
Katanya, mereka tidak boleh beranggapan bahawa mereka akan terus menjadi pemimpin dan wakil rakyat untuk selama-lamanya.
Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat dan mematuhi dasar dan prinsip-pembaharuan parti.
Anwar berkata, walaupun sesetengah kritikan terhadap pemimpin dan wakil rakyat parti ti boleh diterima, tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan mematuhi dasar-dasar yang ditetapkan oleh parti.
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan