Isnin, 6 Jun 2011

KEMENANGAN MAT SABU BUAT GEROMBOLAN "FRUST" MENONGGENG !

Kemenangan Mat Sabu bukti pimpinan ulama tak relevan-Utusan Melalok



MELAKA 5 Jun - Kejayaan Mohamad Sabu menumpaskan dua pencabarnya, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas dilihat seolah-olah kepimpinan ulama tidak lagi relevan kepada parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, keputusan pemilihan itu adalah mengejutkan kerana pemimpin yang diangkat perwakilan sebagai Timbalan Presiden tidak mencerminkan produk parti tersebut yang sebenar.


"Mohamad Sabu tidak memberi imej orang Pas yang diketahui umum, dia lebih kepada orang politik dan tidak mencerminkan seorang ulama mahupun orang alim," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bukit Katil 2011 di Seri Negeri, di sini, semalam.


Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.


Raja Nong Chik berkata, suasana dalaman Pas telah berubah sejak parti itu bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kepimpinan ulama yang diperkenalkan parti itu pada 1980-an tidak lagi menambat hati perwakilan.


Sementara itu, Mohd. Ali berkata, Pas kini dilihat tidak lagi mempunyai pendirian apabila begitu taksub mempertahankan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, perjuangan Islam tidak lagi menjadi keutamaan Pas kerana parti itu kini lebih mengikut telunjuk DAP dan PKR.


"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral tanpa menimbang bukti yang telah didedahkan," katanya.


Katanya, tindakan sedemikian telah menjatuhkan imej seorang pemimpin Islam dan dianggap seolah-olah kepimpinan parti menggalakkan berlakunya maksiat.




LSS:Orang kalau dah frust menonggeng macam - macam la! lebih politik lah,tak mencerminkan produk parti lah! tak mencerminkan seorang alim lagi waraq lah! Abes tu apa produk parti gerombolan? Ibrahim Ali ?? Si perogol Rahim Thamby Chik? Bik Mama atau Si Purtan Penghulu Daerah Penggerang...kah...kah....kah


Ataupun produk tergadai tanah KTM kat tanjung pagar takpun produk gadaikan tanah TUDM sungai besi.Fulamek Power betul produk - produk gerombolan.


Kah...Kah.....Kah....Kah....


Ini semua bukan apa,cuma impian projek setan kerajaan perpaduan/UG dah hancur berkecai dengan terpilihnya Abang Mat Sabu! Sape tak kenal Abang Mat Sabu,gelaran ayam sabung PAS amat di geruni oleh gerombolan United Malays National Organisation siang dan malam.


Kira lebih kurang macam Berok Afrika tak dapat bunga la,macam - macam jenis sawan babi hinggap kat kepala geng gerombolan United Malays National Organisation.Itu hari gerombolan letak harapan meninggi pada Nasha dan Hasan Ali dan sekarang dua - dua terpelanting.


Tahniah kepada semua perwakilan kerana mengundi Abang Mat sabu! Dengan Terpilihanya Abang Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden ini membuat Gerombolan United Malays National Organisation.

Tiada ulasan: