Demikian tegas Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din ketika ditanya mengenai gandingan antara Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa.
Menurut beliau, sepanjang pengamatannya, tiada sebarang masalah dalam gandingan Abdul Hadi dan Nasharudin, malah keberkesanan gandingan mereka juga diakui oleh banyak pihak.
Bagaimanapun, jelas Haron, siapa bakal Timbalan Presiden yang bakal dipilih untuk bergandingan dengan Abdul Hadi selepas pemilihan kali ini, terletak pada tangan para perwakilan.
Mengenai kelangsungan kepimpinan ulama kali ini, Timbalan Mursyidul Am itu berkata, beliau mendokong penuh ketetapan yang dibuat pada muktamar 1980 yang menetapkan bahawa presiden harus seorang ulama.
Katanya, sebagai seorang Timbalan Mursyidul Am, beliau wajib mempertahankan kepimpinan ulama dalam Pas, yang mana pemahaman kepada konsep tersebut adalah presiden dan timbalannya mesti ulama.
"Benar dalam konsep kepimpinan ulama, jawatan tertinggi mana yang perlu diisi oleh ulama dibiarkan 'tergantung'. Tapi sudah menjadi ketetapan bahawa presiden mesti seorang ulama dan timbalannya juga begitu.
"Ini kerana, andai kata berlaku sesuatu kepada presiden sehingga memaksa timbalannya mengambil alih, maka pada masa itu jika timbalan seorang profesional, ia bertentangan dengan ketetapan muktamar 1980.
"Jika hal ini berlaku, akan wujud satu keadaan yang pada saya tidak menguntungkan Pas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan calon Naib Presiden, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mahu kepimpinan ulama dikekalkan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan pelbagai pihak termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan bahawa wujud 'pengacau' yang cuba 'mencatur' pemilihan Pas, beliau tidak menolak kemungkinan itu.
Katanya, adalah menjadi perkara biasa bagi sebuah parti politik di Malaysia apabila pihak luar cuba untuk 'membaling batu' bagi mencetuskan pergolakan dalaman sesebuah parti lawan mahu pun rakan.
"Saya sendiri tiada maklumat tetapi saya percaya dakwaan Nasruddin itu dibuat berlandaskan fakta dan bukti kerana di dalam Pas kami tidak dididik untuk memfitnah orang lain," jelasnya.
LSS: apesal melalok sibuk - sibuk nak kempen untuk hadi dan nasha? woitt!!! itu perpaduang ka??? sudah lah tak payah mimpi! Nasha Konpom kena libas dengan Md Sabu dan Tuan brahim punyerr!!
Tolong simpan itu perpaduan dalam bekas pekasam....Kah...Kah...Kah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan